KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian B · Undang-undang · 10/28

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 10/28)

Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q271–Q282 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q271Apakah yang perlu anda lakukan jika anda memandu dalam hujan lebat dan penglihatan terhad?

  1. A. Berhentikan kenderaan anda di tempat yang selamat sehingga hujan reda.✓ Jawapan
  2. B. Memecut, pasang lampu kecemasan dan pandu dengan berhati-hati.
  3. C. Teruskan perjalanan seperti biasa supaya cepat sampai ke destinasi.

Q272Apakah kesan kepada pemandu yang menelefon semasa memandu tanpa menggunakan bantuan alat bebas tangan(hands free kit)?

  1. A. Memandu dengan tenang.
  2. B. Kurang memberi tumpuan kepada pemanduannya.✓ Jawapan
  3. C. Tidak keletihan semasa perjalanan jauh.

Q273Mengapakah pemandu perlu mengamalkan pemanduan berhemah?

  1. A. Untuk menjimatkan kos perjalanan.
  2. B. Untuk sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat.
  3. C. Untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya✓ Jawapan

Q274Apabila menghampiri selekoh tajam, apakah yang perlu anda jangkakan?

  1. A. Tiada kenderaan lain di hadapan.
  2. B. Halangan dan kenderaan lain dari arah bertentangan.✓ Jawapan
  3. C. Kenderaan dari arah bertentangan berada di lorong yang betul.

Q275Bilakah anda menggunakan peraturan 2 saat?

  1. A. Semasa meletak kenderaan.
  2. B. Semasa mengikuti kenderaan lain.✓ Jawapan
  3. C. Semasa membelok ke kanan.

Q276Apabila lampu isyarat bertukar kuning, anda hendaklah:

  1. A. Kekalkan kelajuan yang sama.
  2. B. Memecut.
  3. C. Mengurangkan kelajuan.✓ Jawapan

Q277Mengapakah pemandu sukar menjangka kelajuan dan jarak kenderaan dari arah hadapan?

  1. A. Kerana memandu pada waktu pagi yang panas.
  2. B. Kerana memandu pada waktu malam semasa hujan lebat✓ Jawapan
  3. C. Kerana memandu pada waktu tengah hari ketika cuaca cerah.

Q278Di manakah anda dibenarkan meletak kenderaan anda?

  1. A. Di selekoh.
  2. B. Di atas jambatan.
  3. C. Di tempat letak kenderaan.✓ Jawapan

Q279Apakah cara memandu yang selamat ketika di selekoh?

  1. A. Mengurangkan kelajuan dan menggunakan gear yang sesuai✓ Jawapan
  2. B. Memandu laju dan pasang lampu hadapan.
  3. C. Pasang lampu hadapan dan bunyikan hon.

Q280Dalam keadaan apakah kita perlu memotong kenderaan di hadapan kita?

  1. A. Apabila kenderaan di hadapan sedang memotong kenderaan lain.
  2. B. Apabila kenderaan di hadapan memandu laju.
  3. C. Apabila kenderaan di hadapan bergerak ke sebelah kirinya.✓ Jawapan

Q281Apakah langkah yang perlu anda ambil untuk mengelakkan kemalangan akibat keadaan jalan?

  1. A. Kekalkan kelajuan anda.
  2. B. Pasang lampu kecemasan anda.
  3. C. Sesuaikan kelajuan kenderaan anda dengan keadaan jalan.✓ Jawapan

Q282Apakah yang perlu anda lakukan jika lampu isyarat bertukar daripada hijau kepada kuning?

  1. A. Memecut
  2. B. Mengurangkan kelajuan✓ Jawapan
  3. C. Membunyikan hon
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文