Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 11/28)
Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q284–Q295 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.
Q284Sebelum memotong kenderaan lain, anda hendaklah:
- A. mengamalkan peraturan 12 saat.✓ Jawapan
- B. mengamalkan peraturan 7 saat.
- C. mengamalkan peraturan 5 saat.
Q285Mengapakah pakaian yang berwarna cerah dan berkebolehan memantul cahaya dapat mengurangkan risiko kemalangan?
- A. Membantu pengguna jalan raya lain menyedari kehadiran anda✓ Jawapan
- B. Melahirkan pemandu yang baik di jalan raya.
- C. Membantu pengguna jalan raya lain mengenali anda.
Q286Apakah cara yang paling selamat untuk memandu di persimpangan?
- A. Cepat-cepat belok kiri.
- B. Mengurangkan kelajuan.✓ Jawapan
- C. Memecut.
Q287Pilih pernyataan yang menunjukkan kawasan jalan sedang dibaiki.
- A. Tiada sebarang tanda isyarat lalu lintas sementara
- B. Banyak peralatan pembinaan diletakkan di bahu jalan✓ Jawapan
- C. Kekalkan kelajuan anda.
Q288Apakah peraturan jarak untuk mengikuti kenderaan di hadapan anda sebelum memotong?
- A. Peraturan 5 saat.
- B. Peraturan 2 saat.✓ Jawapan
- C. Peraturan 12 saat.
Q289Bagaimanakah kenderaan dapat dihentikan jika brek gagal berfungsi secara tiba-tiba?
- A. Tarik brek tangan dengan serta-merta untuk berhenti.
- B. Matikan enjin, biarkan kenderaan terus bergerak dan kawal stereng dengan mahir.
- C. Tukar kepada gear rendah untuk memperlahankan kenderaan dan tarik brek tangan secara beransur-ansur✓ Jawapan
Q290Apakah yang perlu dibuat apabila menukar gear semasa memandu?
- A. Memberi perhatian kepada jalan di hadapan.✓ Jawapan
- B. Memerhatikan kenderaan di belakang anda.
- C. Melihat penumpang di sebelah anda.
Q291Apakah langkah keselamatan yang BETUL untuk memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik?
- A. Lampu isyarat dan cermin sisi tidak berfungsi.
- B. Pastikan brek, lampu dan hon berada dalam keadaan baik.✓ Jawapan
- C. Menggunakan tayar yang haus.
Q292Apabila memandu dalam hujan, anda mesti:
- A. Pasang lampu dan bunyikan hon.
- B. Pasang lampu dan tingkatkan kelajuan anda.
- C. Pasang lampu dan pandu dengan berhati-hati.✓ Jawapan
Q293Dalam keadaan apakah kemalangan berkemungkinan berlaku?
- A. Memandu laju semasa hujan.✓ Jawapan
- B. Tidak memakai tali pinggang keledar.
- C. Memandu di bawah had laju.
Q294Apakah tindakan yang diambil apabila pemandu kenderaan di hadapan memberikan isyarat membelok ke kanan?
- A. Bunyikan hon supaya kenderaan itu cepat membelok ke kanan.
- B. Beri isyarat untuk memotong di sebelah kanan dan cepat-cepat memotong kenderaan itu.
- C. Beri isyarat untuk memotong di sebelah kiri dan teruskan apabila selamat berbuat demikian.✓ Jawapan
Q295Mengapakah badan berasa letih semasa memandu?
- A. Memandu terlalu lama tanpa rehat✓ Jawapan
- B. Memandu pada waktu malam.
- C. Memandu pada waktu siang.
Latih soalan ini secara percumaKuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian
Mula berlatih