Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 19/28)
Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q381–Q392 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.
Q381Apakah tindakan yang perlu dilakukan apabila lampu isyarat kuning bertukar kepada warna merah?
- A. Memecut.
- B. Bunyikan hon dan terus bergerak.
- C. Memberhentikan kenderaan di belakang garisan putih dengan selamat✓ Jawapan
Q382Sebelum menghidupkan enjin, anda hendaklah:
- A. Tekan klac dan masukkan gear satu.
- B. Pastikan gear dalam keadaan bebas.✓ Jawapan
- C. Tekan klac dan pedal minyak.
Q383Apakah cara yang betul bagi pelan tindakan halangan?
- A. Rancang dan bertindak mengikut keperluan keadaan.
- B. Kenal pasti, jangka, buat keputusan dan bertindak.✓ Jawapan
- C. Periksa apa yang ada di hadapan, beri isyarat dan mula bergerak.
Q384Apabila memandu di jalan yang licin, pemandu mesti:
- A. Memandu dengan lampu kecemasan dipasang.
- B. Berhenti dan menunggu permukaan jalan kering.
- C. Perlahan untuk memudahkan kawalan kenderaan.✓ Jawapan
Q385Bagaimanakah perasaan marah diatasi semasa memandu?
- A. Memandu lebih laju dan menguatkan bunyi radio.
- B. Berhenti di tempat yang selamat sehingga anda kembali tenang✓ Jawapan
- C. Menjeling ke kiri dan kanan sekerap yang mungkin.
Q386Mengapakah pemandu memasang lampu tinggi pada waktu malam akan membahayakan pemandu lain dari arah hadapan?
- A. Pemandu kenderaan itu terpaksa berhenti.
- B. Pemandu kenderaan tersebut tidak dapat melihat halangan di hadapan✓ Jawapan
- C. Pemandu kenderaan itu akan memandu lebih laju.
Q387Apakah fungsi brek tangan pada kereta?
- A. Untuk memperlahankan kenderaan.
- B. Untuk memastikan kenderaan tidak bergerak.✓ Jawapan
- C. Untuk menggerakkan kenderaan ke hadapan.
Q388Apakah yang mesti anda lakukan semasa mendaki bukit yang curam?
- A. Gunakan gear dan klac.
- B. Gunakan gear rendah.✓ Jawapan
- C. Gunakan gear tinggi.
Q389Bilakah anda patut memotong kenderaan di hadapan anda?
- A. Apabila kenderaan itu memandu laju.
- B. Apabila kenderaan itu bergerak terlalu perlahan.✓ Jawapan
- C. Apabila kenderaan itu membuat pusingan U.
Q390Lorong manakah yang sesuai apabila anda menghampiri bulatan dan berhasrat untuk membelok ke kiri?
- A. Lorong kiri.✓ Jawapan
- B. Lorong kanan.
- C. Mana-mana lorong.
Q391Apakah keadaan pemandu perlu menggunakan lampu tinggi?
- A. Semasa mengikuti kenderaan.
- B. Semasa berselisih dengan kenderaan dari arah bertentangan.
- C. Apabila memandu di waktu malam dan tiada kenderaan dari arah hadapan✓ Jawapan
Q392Apakah tindakan pemandu yang sepatutnya apabila cermin hadapan kenderaan pecah semasa memandu?
- A. Terus memandu dan berhenti di bengkel yang terdekat.
- B. Perlahankan kenderaan dan melihat keluar melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat✓ Jawapan
- C. Pecahkan cermin hadapan semasa memandu supaya anda dapat melihat jalan di hadapan dengan lebih jelas.
Latih soalan ini secara percumaKuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian
Mula berlatih