KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian B · Undang-undang · 18/28

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 18/28)

Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q369–Q380 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q369Dalam keadaan apakah anda DILARANG meneruskan perjalanan dari persimpangan walaupun anda mempunyai hak laluan?

  1. A. Apabila anda tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
  2. B. Apabila ada jentera bomba, kereta polis atau ambulans melalui persimpangan itu.✓ Jawapan
  3. C. Apabila anda diberi hak laluan oleh pemandu lain.

Q370Apakah jarak dari perhentian bas yang membolehkan pemandu meletak kenderaan?

  1. A. 3 meter.
  2. B. 6 meter.
  3. C. 9 meter✓ Jawapan

Q371Apakah tindakan yang harus diambil jika kenderaan lain ingin memotong kenderaan anda?

  1. A. Perlahan dan bunyikan hon.
  2. B. Perlahan dan membelok ke kanan.
  3. C. Perlahan dan membelok ke kiri jika perlu.✓ Jawapan

Q372Apakah tindakan yang tidak akan menyebabkan kenderaan terbabas?

  1. A. Membelok secara mengejut.
  2. B. Menukar lorong dengan tergesa-gesa.
  3. C. Menggunakan gear rendah semasa menuruni bukit✓ Jawapan

Q373Apakah ciri pemandu yang berhemah?

  1. A. Memandu perlahan di lorong kanan lebuh raya.
  2. B. Bertanggungjawab, sabar dan yakin.✓ Jawapan
  3. C. Tidak menghormati atau berhemah terhadap pengguna jalan raya yang lain.

Q374Mengapakah kita perlu sentiasa melihat cermin pandang belakang dan cermin sisi semasa memandu?

  1. A. Tidak berasa mengantuk.
  2. B. Menyedari keadaan lalu lintas di belakang.✓ Jawapan
  3. C. Dapat memastikan tiada kenderaan di hadapan kita.

Q375Apabila menghampiri lintasan keretapi tanpa pintu, anda mesti:

  1. A. Mendapatkan kebenaran pihak berkuasa untuk melintas.
  2. B. Perlahan dan pastikan selamat untuk melintas.✓ Jawapan
  3. C. Memecut supaya anda melintas sebelum keretapi tiba.

Q376Apakah tindakan yang harus diambil apabila tayar belakang kereta anda meletup semasa memandu?

  1. A. Brek dengan serta-merta dan berhenti di bahu jalan.
  2. B. Jangan tekan pedal brek, berhenti secara beransur-ansur di bahu jalan.
  3. C. Pegang stereng dengan kuat, brek perlahan-lahan, beri isyarat dan berhenti di bahu jalan✓ Jawapan

Q377Apakah kesan penggunaan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan(hands-free) semasa memandu di jalan raya?

  1. A. Pemandu tidak dapat menumpukan perhatian pada pemanduannya.✓ Jawapan
  2. B. Pemandu dapat menjangka halangan di hadapan.
  3. C. Pemandu dapat menghilangkan rasa bosan dan mengantuk.

Q378Apabila mengikuti kenderaan, apakah peraturan jarak selamat antara kedua-dua kenderaan?

  1. A. Gunakan peraturan 2 saat.✓ Jawapan
  2. B. Gunakan peraturan 10 saat.
  3. C. Gunakan peraturan 12 saat.

Q379Bilakah tali pinggang keledar perlu dipakai?

  1. A. Selepas memulakan perjalanan.
  2. B. Sebelum memulakan perjalanan✓ Jawapan
  3. C. Apabila anda melihat sekatan jalan raya.

Q380Apakah tujuan memakai topi keledar semasa menunggang motosikal?

  1. A. Untuk melindungi kepala daripada panas dan hujan.
  2. B. Untuk mengelakkan saman daripada pihak berkuasa.
  3. C. Untuk melindungi kepala sekiranya berlaku kemalangan.✓ Jawapan
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文