KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian B · Undang-undang · 2/28

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 2/28)

Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q173–Q184 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q173Apakah yang mesti anda lakukan apabila berhenti di persimpangan?

  1. A. Tekan pedal minyak.
  2. B. Lepaskan gear.✓ Jawapan
  3. C. Bunyikan hon.

Q174Bagaimanakah cara memandu di lebuh raya tiga lorong?

  1. A. Lorong kiri untuk berhenti, lorong tengah untuk memandu biasa, lorong kanan untuk memecut.
  2. B. Lorong kiri untuk memecut, lorong tengah untuk memotong, lorong kanan untuk memandu biasa.
  3. C. Lorong kiri untuk memandu biasa, lorong tengah untuk memecut, lorong kanan untuk memotong.✓ Jawapan

Q175Kemalangan semasa mengundur kenderaan boleh dielakkan jika pemandu:

  1. A. Menilai keadaan sebenar sebelum menaiki kenderaan, melihat cermin pandang belakang dan cermin sisi sebelum mengundur.✓ Jawapan
  2. B. Mengundur tanpa memalingkan kepala untuk menilai keadaan lalu lintas
  3. C. Mengundur dengan cepat tanpa menilai keadaan jalan yang sebenar.

Q176Gunakan brek tangan apabila:

  1. A. Berhenti di cerun bukit✓ Jawapan
  2. B. Memotong kenderaan di hadapan.
  3. C. Memandu di jalan yang licin.

Q177Apakah perkara yang akan dilakukan oleh pemandu yang mengamalkan pemanduan sempurna?

  1. A. Memotong dengan tergesa-gesa tanpa memberi isyarat.
  2. B. Merancang perjalanan sebelum memulakan perjalanan✓ Jawapan
  3. C. Memandu laju kerana lewat bertolak.

Q178Berapakah had laju maksimum di lebuh raya?

  1. A. 70 km/j
  2. B. 90 km/j
  3. C. 110 km/j✓ Jawapan

Q179Apabila memandu dalam hujan lebat, anda mesti:

  1. A. Bunyikan hon.
  2. B. Memandu dengan lebih berhati-hati.✓ Jawapan
  3. C. Memandu laju.

Q180Apakah tindakan yang perlu diambil sebelum memulakan perjalanan untuk memastikan keselamatan?

  1. A. Meminjam kereta kawan
  2. B. Memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik✓ Jawapan
  3. C. Memastikan semua urusan berkaitan dibuat pada waktu siang.

Q181Apakah jenis pelanggaran yang boleh menyebabkan kesan yang paling merbahaya?

  1. A. Perlanggaran dengan kenderaan dari sisi.
  2. B. Perlanggaran dengan kenderaan dari hadapan✓ Jawapan
  3. C. Perlanggaran dengan kenderaan dari belakang.

Q182Apakah sebab kemalangan jalan raya berlaku pada waktu hujan?

  1. A. Pemandu tidak dapat mengawal kenderaan dengan baik✓ Jawapan
  2. B. Pemandu yang memasang lampu hadapan kenderaannya.
  3. C. Pemandu yang memandu perlahan di lorong kiri.

Q183Apakah tindakan yang diambil apabila brek kenderaan gagal berfungsi?

  1. A. Tarik brek tangan serta-merta
  2. B. Bunyikan hon dan pasang lampu tinggi.
  3. C. Pam pedal brek anda dengan kuat dan cepat.✓ Jawapan

Q184Bilakah kita perlu memakai tali pinggang keledar?

  1. A. Semasa perjalanan dekat sahaja.
  2. B. Semasa perjalanan jauh sahaja.
  3. C. Setiap kali memandu✓ Jawapan
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文