Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 3/28)
Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q185–Q196 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.
Q185Apakah faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya?
- A. Keadaan cuaca yang baik
- B. Kesilapan pemandu.✓ Jawapan
- C. Keadaan jalan yang baik.
Q186Apakah yang perlu anda lakukan apabila mengikuti kenderaan lain dari belakang pada waktu malam?
- A. Memandu dengan laju.
- B. Ikut pada jarak yang sesuai dan tundukkan lampu hadapan anda.✓ Jawapan
- C. Gunakan lampu tinggi dan ikut pada jarak yang sesuai.
Q187Anda akan menempuh perjalanan jauh. Nyatakan apa yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan kemalangan.
- A. Memandu pada waktu malam sahaja ketika cuaca sejuk.
- B. Merancang perjalanan dan memandu dengan berhati-hati supaya sampai ke destinasi dengan selamat.✓ Jawapan
- C. Memandu laju supaya cepat sampai ke destinasi.
Q188Apakah yang mesti anda lakukan untuk mengatasi titik buta?
- A. Pasang lampu tinggi sebelum memandu.
- B. Palingkan kepala anda sedikit ke kiri dan kanan sebelum menukar lorong.✓ Jawapan
- C. Menukar lorong tanpa memberi isyarat.
Q189Apakah cara yang betul semasa memegang stereng?
- A. Kiri pada pukul 8 dan kanan pada pukul 4.
- B. Kiri pada pukul 12 dan kanan pada pukul 6.
- C. Kiri pada pukul 10 dan kanan pada pukul 2.✓ Jawapan
Q190Bagaimanakah kita berhenti kenderaan dengan selamat di jalan raya?
- A. Tukar ke gear tinggi dan berhenti secara mengejut.
- B. Beri isyarat kiri dan berhenti di sebelah kanan jalan.
- C. Melihat cermin pandang belakang, memberikan isyarat dan memberhentikan kenderaan di sebelah kiri jalan✓ Jawapan
Q191Apakah tindakan yang harus diambil apabila menghampiri simpang empat yang berlampu isyarat dan dikawal oleh polis trafik?
- A. Mengikut isyarat dan arahan polis trafik✓ Jawapan
- B. Teruskan perjalanan mengikut keutamaan jalan.
- C. Ikut lampu isyarat seperti biasa.
Q192Apabila memandu menuruni bukit, anda mesti:
- A. Tarik brek tangan anda.
- B. Gunakan gear tinggi.
- C. Gunakan gear rendah.✓ Jawapan
Q193Apakah yang harus dibuat apabila menghampiri kawasan lintasan pejalan kaki?
- A. Memperlahankan kenderaan supaya sempat berhenti jika perlu✓ Jawapan
- B. Bunyikan hon supaya orang tidak melintas.
- C. Berhenti secara mengejut.
Q194Apakah langkah yang perlu diambil apabila brek kenderaan tidak berfungsi semasa menuruni bukit?
- A. Tukar ke gear yang lebih tinggi.
- B. Bunyikan hon dan pasang lampu hadapan.
- C. Tukar kepada gear rendah dan gunakan brek tangan✓ Jawapan
Q195Apakah peraturan jarak apabila mengikuti kenderaan di hadapan?
- A. Peraturan 12 saat.
- B. Peraturan 2 saat dan 4 saat.✓ Jawapan
- C. Peraturan 6 saat dan 12 saat.
Q196Apabila memotong kenderaan, seseorang mesti:
- A. Ikut peraturan 12 saat dan beri isyarat sekurang-kurangnya 3 saat untuk bergerak ke kanan.✓ Jawapan
- B. Pastikan kenderaan di hadapan bergerak laju sebelum memotong.
- C. Membelok ke kanan dengan cepat dan memecut
Latih soalan ini secara percumaKuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian
Mula berlatih