KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian B · Undang-undang · 22/28

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 22/28)

Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q567–Q578 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q567Apakah cara untuk menambah kelajuan kenderaan?

  1. A. Menarik brek tangan
  2. B. Menekan pedal brek
  3. C. Menekan pedal pemecut✓ Jawapan

Q568Gear apa yang digunakan untuk memulakan pergerakan kenderaan?

  1. A. Gear empat
  2. B. Gear satu✓ Jawapan
  3. C. Gear lima

Q569Apakah peraturan jarak yang harus diamalkan semasa mengekori kenderaan?

  1. A. Peraturan 2 saat dan 4 saat✓ Jawapan
  2. B. Peraturan 10 saat
  3. C. Peraturan 3 saat

Q570Apakah tindakan yang harus dibuat apabila warna lampu isyarat bertukar kepada hijau?

  1. A. Memecutkan kenderaan dengan segera
  2. B. Membunyikan hon sebelum meneruskan perjalanan
  3. C. Meneruskan perjalanan sekiranya selamat✓ Jawapan

Q571Apakah tindakan yang dilarang ketika kenderaan anda dipotong oleh kenderaan lain?

  1. A. Melajukan kenderaan anda✓ Jawapan
  2. B. Memberikan laluan
  3. C. Mengurangkan kelajuan

Q572Apa yang harus dibuat ketika memandu di jalan yang tidak rata?

  1. A. Memandu ke kiri atau kanan untuk mengelakkan jalan yang tidak rata
  2. B. Mengurangkan kelajuan✓ Jawapan
  3. C. Menggunakan gear tinggi

Q573Apakah cara untuk mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh faktor kenderaan?

  1. A. Memastikan cuaca baik
  2. B. Memastikan kenderaan berfungsi dengan baik✓ Jawapan
  3. C. Memastikan jalan rata

Q574Apakah tindakan yang patut diambil sekiranya kenderaan dari hadapan anda menggunakan lampu tinggi pada waktu malam?

  1. A. Menggunakan lampu tinggi dan memandu masuk ke lorong kenderaan dari hadapan untuk mengingatkan pemandu tersebut
  2. B. Menyalakan hon dengan kuat dan berterusan
  3. C. Mengunakan lampu tinggi untuk mengingatkan pemandu kenderaan itu supaya merendahkan lampunya✓ Jawapan

Q575Apa yang perlu dibuat apabila memandu di atas jalan yang licin?

  1. A. Memandu dengan perlahan di lorong kanan untuk mengelakkan tergelincir ke tepi longkang
  2. B. Memandu dengan cepat untuk mengelakkan kemalangan
  3. C. Memperlahankan kenderaan supaya senang dikawal✓ Jawapan

Q576Apakah tindakan yang harus diambil apabila melihat tanda isyarat lalu lintas di jalan yang berselekoh?

  1. A. Menambahkan kelajuan dan gunakan brek tangan
  2. B. Menekan brek dan berhenti
  3. C. Memperlahankan kenderaan dan memandu dengan berhati-hati✓ Jawapan

Q577Apakah tindakan yang harus diambil apabila melihat kenderaan dari arah hadapan dalam keadaan yang tidak terkawal?

  1. A. Berhentikan kenderaan di sebelah kiri jalan✓ Jawapan
  2. B. Meningkatkan kelajuan dan teruskan perjalanan
  3. C. Membunyikan hon dan menyalakan lampu tinggi

Q578Apakah tujuan perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu(KPP)?

  1. A. Melahirkan pemandu yang berpengetahuan berkemahiran, berhemah dan cekap✓ Jawapan
  2. B. Melahirkan polis trafik
  3. C. Meningkatkan mutu pemandu semasa berlumba di jalan raya
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文