KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian B · Undang-undang · 23/28

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 23/28)

Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q579–Q590 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q579Apakah maksud pemanduan berhemah?

  1. A. Cara berlumba di jalan raya
  2. B. Cara membaiki kenderaan
  3. C. Cara memandu yang dapat mengelakkan kemalangan✓ Jawapan

Q580Berapakah jumlah pergerakan atau olah gerak dalam pemandu sebenar di jalan raya?

  1. A. Tiga
  2. B. Lapan
  3. C. Tujuh✓ Jawapan

Q581Mana yang antara berikut bukan peraturan di persimpangan?

  1. A. Memasang lampu kecemasan✓ Jawapan
  2. B. Memperlahankan kenderaan dan bersedia untuk henti jika perlu
  3. C. Memandu dengan berhati-hati

Q582Bagaimanakah cara untuk mengelakkan perlanggaran kenderaan di hadapan?

  1. A. Mengekori kenderaan di hadapan dengan jarak yang selamat✓ Jawapan
  2. B. Sentiasa membunyikan hon dan mendekati kenderaan di hadapan
  3. C. Sentiasa memotong kenderaan di hadapan yang lambat

Q583Di manakah pemandu dilarang membunyikan hon?

  1. A. Hospital✓ Jawapan
  2. B. Kawasan bandar
  3. C. Lebuh raya

Q584Apakah tindakan yang harus dilakukan apabila berasa letih ketika memandu?

  1. A. Memberhentikan kenderaan di kawasan selamat dan berehat✓ Jawapan
  2. B. Meneruskan perjalanan dengan berhati-hati
  3. C. Meningkatkan kelajuan supaya lebih cepat sampai ke destinasi

Q585Apakah yang harus dilakukan apabila menerima ubat daripada doktor?

  1. A. Menanya doktor apakah kesan ubat itu ke atas kebolehan pemanduan anda✓ Jawapan
  2. B. Memandu dengan lebih cepat selepas makan ubat
  3. C. Memandu seperti biasa

Q586Bagaimana untuk mengelakkan kemalangan yang berpunca daripada keadaan jalan?

  1. A. Menyesuaikan kelajuan kenderaan anda mengikut keadaaan jalan✓ Jawapan
  2. B. Memandu dengan cepat dan memotong kenderaan di kawasan larangang
  3. C. Memandu perlahan dan membunyikan hon sepanjang jalan

Q587Apakah yang patut dibuat semasa memandu di selekoh?

  1. A. Menggunakan gear rendah✓ Jawapan
  2. B. Memecut dan mengeluarkan bunyi eksos yang kuat
  3. C. Menggunakan gear tinggi

Q588Apakah lorong yang patut memandu apabila kenderaan anda menghampiri bulatan dan ingin membelok ke kanan?

  1. A. Lorong Kiri
  2. B. Lorong kanan✓ Jawapan
  3. C. Lorong Tengah

Q589Apakah tindakan yang diambil apabila ternampak binatang di tengah jalan semasa memandu?

  1. A. Berhenti dan membawa binatang tersebut ke tepi jalan
  2. B. Memperlahankan kenderaan, tidak membunyikan hon dan bersedia untuk berhenti.✓ Jawapan
  3. C. Membunyikan hon sambil mengejar binatang tersebut

Q590Peraturan apa yang dipatuhi untuk mengelakkan perlanggaran dengan kenderaan di hadapan?

  1. A. Menggunakan peraturan 2 saat✓ Jawapan
  2. B. Menggunakan peraturan 10 saat
  3. C. Peraturan undang-undang
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文