KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian B · Undang-undang · 27/28

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 27/28)

Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q627–Q638 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q627Mengapakah kemalangan berlaku di jalan yang lurus?

  1. A. Cuaca yang baik
  2. B. Kenderaan dipandu terlalu laju✓ Jawapan
  3. C. Tidak mencuci kenderaan

Q628Pemandu dibenarkan membunyikan hon di mana?

  1. A. Kawasan hospital
  2. B. Ketika melihat binatang berlari di jalan raya
  3. C. Ketika hendak memotong✓ Jawapan

Q629Apakah tindakan yang perlu dilakukan apabila berasa letih ketika memandu di lebuh raya?

  1. A. Meneruskan perjalanan seperti biasa
  2. B. Memandu sambil menyanyi atau bercakap telefon
  3. C. Berhenti rehat di Kawasan Rehat Dan Rawat✓ Jawapan

Q630Mengapakah warga tua yang berjalan kaki perlu diberikan lebih perhatian?

  1. A. Pendengaran dan penglihatan mereka kurang baik✓ Jawapan
  2. B. Mereka suka melintas secara melulu
  3. C. Mereka kurang sabar

Q631Apakah peraturan di persimpangan?

  1. A. Menyalakan lampu tinggi
  2. B. Berhentikan kenderaan✓ Jawapan
  3. C. Menambahkan kelajuan

Q632Mengapakah pemandu perlu memakai tali pinggang keledar semasa memandu?

  1. A. Untuk keselamatan pemandu semasa memandu✓ Jawapan
  2. B. Untuk mengelak dari disaman oleh polis
  3. C. Untuk mengelak ditarik keluar dari kenderaan

Q633Apakah tindakan yang harus diambil apabila kenderaan anda sedang dipotong oleh kenderaan lain?

  1. A. Membunyikan hon
  2. B. Melumba dengan kenderaan tersebut
  3. C. Mengurangkan kelajuan✓ Jawapan

Q634Bagaimanakah kemalangan dapat dielak semasa lalu lintas dalam keadaan sibuk?

  1. A. Berpakaian warna cerah dan meningkatkan kelajuan kenderaan
  2. B. Merancang perjalanan dengan menggunakan jalan yang kurang sibuk atau memulakan perjalanan lebih awal✓ Jawapan
  3. C. Menyalakan lampu tinggi semasa memandu

Q635Bagaimanakah kemalangan boleh dielakkan semasa mengundur kenderaan?

  1. A. Melihat cermin pandang belakang dan cermin sisi sebelum mengundur✓ Jawapan
  2. B. Mengundur sesuka hati
  3. C. Melihat hadapan semasa mengundur untuk memastikan tiada kenderaan mengundur

Q636Apakah yang harus dipatuhi apabila berada di persimpangan jalan yang dikawal oleh lampu isyarat?

  1. A. Mematuhi lampu isyarat✓ Jawapan
  2. B. Mematuhi masa yang hampir lewat ke destinasi
  3. C. Menggunakan gear tinggi dan meningkatkan kelajuan

Q637Apakah tindakan yang harus diambil apabila berhenti di cerun bukit?

  1. A. Menekan pedal klac dan menarik brek tangan
  2. B. Menekan pedal brek dan menukar ke gear lima
  3. C. Menekan pedal brek dan menarik brek tangan✓ Jawapan

Q638Apakah sikap dapat dibentuk daripada merancang perjalanan?

  1. A. Berhemah dan tidak tergesa-gesa✓ Jawapan
  2. B. Ketidaksabaran
  3. C. Memandu secara tergesa-gesa
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文