KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian B · Undang-undang · 26/28

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 26/28)

Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q615–Q626 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q615Bagaimankakah kenderaan dapat dihentikan jika brek gagal berfungsi secara tiba-tiba?

  1. A. Membebaskan gear dan memandu ke atas bahu jalan sehingga berhenti
  2. B. Tukar kepada gear rendah untuk memperlahankan kenderaan dan tarik brek tangan secara beransur-ansur✓ Jawapan
  3. C. Memandu ke arah halangan dan melanggar sehingga berhenti

Q616Bagaimanakah kenderaan dapat dipastikan dalam keadaan baik?

  1. A. Mencuci kenderaan setiap hari
  2. B. Menukar minyak enjin setiap minggu
  3. C. Memastikan brek, lampu dan hon kenderaan dalam keadaan baik✓ Jawapan

Q617Mengapakah kemalangan jalan raya mudah berlaku?

  1. A. Memandu dengan laju semasa hujan✓ Jawapan
  2. B. Memandu dengan berhati-hati
  3. C. Tidak mencuci kenderaan

Q618Apakah tindakan yang diambil apabila memotong lori panjang?

  1. A. Menggunakan gear yang sesuai dan tambah kelajuan kenderaan anda✓ Jawapan
  2. B. Menyalakan lampu tinggi dan memotong dengan kelajuan biasa
  3. C. Membunyikan hon dan mengurangkan kelajuan kenderaan

Q619Apakah tindakan yang harus diambil apabila kenderaan di belakang ingin memotong kenderaan anda?

  1. A. Berhenti serta-merta
  2. B. Memperlahankan kenderaan anda dan memberikan ruang jalan untuk dipotong✓ Jawapan
  3. C. Memandu ke kanan untuk dipotong

Q620Apakah sikap pemanduan yang baik dan patut dicontohi?

  1. A. Mematuhi peraturan lalu lintas✓ Jawapan
  2. B. Sentiasa melumba di jalan raya
  3. C. Menelefon sambil memandu

Q621Apakah yang perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan jauh?

  1. A. Makan dan minum secara besar-besaran
  2. B. Menonton televisyen sampai keesokan hari dan bertolak
  3. C. Tidur dan rehat secukupnya✓ Jawapan

Q622Apakah yang harus dibuat sebelum menghidupkan enjin kereta?

  1. A. Memastikan gear dalam keadaan bebas✓ Jawapan
  2. B. Menekan pedal pemecut
  3. C. Membunyikan hon dengan kuat

Q623Apakah cara pemanduan yang betul ketika memandu di lebuh raya berdasarkan konsep pemanduan berhemah?

  1. A. Memandu di mana-mana lorong sesuka hati
  2. B. Memandu di lorong kiri jika tidak memotong✓ Jawapan
  3. C. Meneruskan perjalanan walaupun mengantuk

Q624Apakah tindakan yang diambil apabila melihat tanda isyarat lalu lintas bahu jalan lembut?

  1. A. Menambahkan kelajuan
  2. B. Berhati-hati dan perlahankan kenderaan✓ Jawapan
  3. C. Membunyikan hon dan teruskan perjalanan

Q625Apakah tindakan yang harus diambil sekiranya tayar belakang kenderaan anda pecah semasa memandu?

  1. A. Membunyikan hon dan menambahkan kelajuan ke kedai tayar
  2. B. Meneruskan perjalanan ke kedai tayar yang berdekatan
  3. C. Membrek perlahan-lahan, mengawal kenderaan dan menuju ke bahu jalan yang rata✓ Jawapan

Q626Apakah tindakan yang harus diambil semasa memandu di tempat yang tidak dikenali?

  1. A. Perlahanan kenderaan dan memandu dengan berhati-hati bagi menghadapi sebarang halangan✓ Jawapan
  2. B. Sentiasa memandang sekeliling kawasan semasa memandu
  3. C. Menggunakan lampu kecemasan
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文