Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 8/28)
Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q246–Q257 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.
Q246Jika anda berasa mengantuk semasa memandu, anda mesti:
- A. Memasang muzik kegemaran anda dengan kuat.
- B. Berhentikan kenderaan anda dan berehat.✓ Jawapan
- C. Terus memandu mengikut had laju yang ditetapkan.
Q247Apakah faktor yang boleh menyebabkan kemalangan berlaku?
- A. Mendengar muzik semasa memandu.
- B. Pemandu, kenderaan, cuaca, lalu lintas, cahaya dan jalan✓ Jawapan
- C. Memberhentikan kenderaan anda dan memakai tali pinggang keledar.
Q248Anda terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan dari arah bertentangan semasa memotong. Peraturan jarak yang manakah TIDAK anda patuhi?
- A. Peraturan 12 saat.✓ Jawapan
- B. Peraturan 4 saat.
- C. Peraturan 2 saat.
Q249Apakah yang perlu dipertimbangkan oleh pemandu sebelum meningkatkan kelajuan kenderaan?
- A. Perjalanan jauh dan memulakan perjalanan pada waktu malam.
- B. Perjalanan yang mengambil masa beberapa jam dan bertolak lewat.
- C. Keadaan jalan, lalu lintas, cuaca, kenderaan dan keupayaan pemandu✓ Jawapan
Q250Apakah tindakan yang diambil oleh pemandu apabila warna lampu isyarat telah bertukar kepada hijau dan ada pejalan kaki sedang melintas jalan?
- A. Tunggu dan berikan keutamaan kepada pejalan kaki✓ Jawapan
- B. Bunyikan hon dan terus bergerak dengan segera.
- C. Beri isyarat tangan dan teruskan perjalanan.
Q251Di manakah pemandu boleh memotong kenderaan lain?
- A. Di sebelah kanannya.✓ Jawapan
- B. Di bulatan
- C. Di simpang.
Q252Apakah ciri-ciri pemandu yang tidak berhemah?
- A. Mempunyai pengetahuan asas tentang kenderaannya.
- B. Suka berlumba dan memandu laju.✓ Jawapan
- C. Memandu dengan berhati-hati
Q253Sebelum menghidupkan enjin, anda hendaklah:
- A. Gunakan gear rendah.
- B. Gunakan gear tiga.
- C. Pastikan gear berada dalam keadaan neutral.✓ Jawapan
Q254Apakah cara yang terbaik untuk memperlahankan kenderaan semasa menuruni bukit?
- A. Tukar ke gear yang lebih tinggi dan gunakan brek tangan.
- B. Tukar kepada gear rendah dan gunakan brek kaki✓ Jawapan
- C. Gunakan brek tangan sahaja.
Q255Mengapakah pemandu mesti memakai pakaian yang sesuai?
- A. Supaya anda boleh memandu laju.
- B. Pakaian yang tidak sesuai akan menghalang pergerakan✓ Jawapan
- C. Anda mungkin terserempak dengan kawan di jalan raya.
Q256Apabila kenderaan yang anda pandu tergelincir ke bahu jalan, anda hendaklah:
- A. Mengemudi kereta kembali ke jalan dengan segera.
- B. Membiarkan kenderaan bergerak mengikut haluannya.
- C. Kekal tenang dan kemudikan kembali ke jalan perlahan-lahan.✓ Jawapan
Q257Adab pemanduan yang boleh menyebabkan kemalangan termasuk:
- A. Memandu secara melulu tanpa bertimbang rasa.✓ Jawapan
- B. Memandu mengikut had laju yang ditetapkan.
- C. Memandu pada kelajuan 30km/j di kawasan sekolah.
Latih soalan ini secara percumaKuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian
Mula berlatih