Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 7/28)
Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q234–Q245 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.
Q234Apabila anda memandu di lebuh raya dua lorong, dalam keadaan apakah anda boleh memandu di lorong kanan?
- A. Semasa memotong.✓ Jawapan
- B. Apabila kenderaan anda dipotong.
- C. Semasa mengikuti kereta di hadapan anda.
Q235Apakah maksud bagi pemandu yang bertanggungjawab kepada pengguna jalan raya lain?
- A. Menegur pengguna jalan raya lain jika mereka tidak mematuhi peraturan lalu lintas.
- B. Bertolak ansur dengan semua pengguna jalan raya yang lain dalam pelbagai keadaan✓ Jawapan
- C. Tidak membenarkan pengguna jalan raya lain memotong walaupun selamat berbuat demikian.
Q236Apakah yang patut dilakukan oleh pemandu apabila terdapat takungan air dan pejalan kaki di laluan anda?
- A. Memperlahankan kenderaan supaya air tidak terpercik pada pejalan kaki✓ Jawapan
- B. Kekalkan kelajuan anda dan teruskan perjalanan seperti biasa.
- C. Memecut.
Q237Apakah tindakan yang harus diambil untuk mengelakkan berlakunya perlanggaran dari belakang ketika diikuti rapat oleh kenderaan lain?
- A. Tingkatkan kelajuan kenderaan anda supaya tidak diekori oleh kenderaan di belakang.
- B. Memberikan isyarat dan laluan kepada kenderaan di belakang agar memotong apabila keadaan selamat✓ Jawapan
- C. Bunyikan hon supaya pemandu di belakang anda memperlahankan kenderaan.
Q238Berapa masa diperlukan untuk memberi isyarat sebelum mengubah haluan atau kedudukan kenderaan?
- A. Sekurang-kurangnya 1 saat.
- B. Sekurang-kurangnya 3 saat✓ Jawapan
- C. Sekurang-kurangnya 7 saat.
Q239Apakah keadaan anda dilarang menggunakan lampu tinggi kenderaan?
- A. Menghampiri simpang jalan.
- B. Melalui kawasan kampung
- C. Mengikuti kenderaan lain✓ Jawapan
Q240Tindakan manakah yang TIDAK sesuai semasa memandu?
- A. Memotong mengikut peraturan.
- B. Memberi laluan kepada kenderaan di sebelah kanan anda.
- C. Tidak memberi isyarat dengan betul.✓ Jawapan
Q241Apakah yang perlu anda lakukan apabila melihat haiwan di tengah jalan semasa memandu?
- A. Melaporkannya kepada pihak berkuasa tempatan.
- B. Perlahan, jangan bunyikan hon dan bersedia untuk berhenti.✓ Jawapan
- C. Memandu seperti biasa dan membunyikan hon supaya haiwan itu lari.
Q242Apakah cara memotong yang selamat?
- A. 10 peraturan memotong✓ Jawapan
- B. 6 peraturan memotong.
- C. 4 peraturan memotong.
Q243Apakah tindakan yang perlu diambil semasa memandu apabila menyedari bahawa anda tidak memakai tali pinggang keledar?
- A. Cepat-cepat memakai tali pinggang keledar walaupun sedang memandu.
- B. Berhenti di sebelah kiri dan memakai tali pinggang keledar✓ Jawapan
- C. Tidak perlu memakai tali pinggang keledar.
Q244Apakah peraturan untuk mengelakkan perlanggaran dengan kenderaan di hadapan anda?
- A. Tiada peraturan yang ditetapkan.
- B. Gunakan peraturan 2 saat.✓ Jawapan
- C. Gunakan peraturan memotong.
Q245Apakah keadaan dilarang menggunakan lampu kecemasan(hazard lights)?
- A. Apabila berlaku kecemasan.
- B. Sewaktu hujan lebat dan jerebu✓ Jawapan
- C. Apabila kenderaan rosak dan anda berhenti di bahu jalan.
Latih soalan ini secara percumaKuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian
Mula berlatih