Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian C · KEJARA & Lesen (Muka 10/10)
Bahagian C · KEJARA & Lesen ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q662–Q673 daripada 120 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.
Q662Berapakah tempoh sah bagi keputusan ujian untuk memohon lesen memandu?
- A. 2 tahun
- B. 1 tahun✓ Jawapan
- C. 5 tahun
Q663Semasa lesen memandu digantung, apakah yang pemandu tidak boleh buat?
- A. Menaiki kenderaan awam
- B. Mencuci kenderaan
- C. Memandu di jalan raya✓ Jawapan
Q664Berapakah tempoh bagi pemandu yang telah dibatalkan Lesen Memandu Percubaan (PDL) dilarang memandu, memegang atau memohon lesen memandu termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL)?
- A. 3 bulan
- B. 24 bulan
- C. 12 bulan✓ Jawapan
Q665Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas pemegang Lesen Memandu Pecubaan (PDL) yang mengambil bahagian dalam lumba haram di bawah sistem KEJARA?
- A. Lesen Memandu Percubaan digantung selama 6 bulan
- B. Lesen Memandu Percubaan dibatalkan✓ Jawapan
- C. Lesen Memandu Percubaan digantung selama 3 bulan
Q666Sila pilih kesalahan lalu lintas:
- A. Memandu selepas lesen memandu tamat tempoh✓ Jawapan
- B. Memandu semasa hujan
- C. Memandu dengan berhati-hati
Q667Adakah calon yang mempunyai Lesen Belajar Memandu (LDL) kelas D dibenarkan memandu di jalan raya?
- A. Boleh, sekiranya cukup umur
- B. Boleh, sekiranya ada pengajar✓ Jawapan
- C. Tidak boleh
Q668Apakah kesalahan yang boleh memberi mata demerit kepada pemandu?
- A. Menggunakan aplikasi panduan arah semasa memandu
- B. Memandu dengan cermat dan bertimbang rasa
- C. Tidak mematuhi isyarat merah✓ Jawapan
Q669Apakah kelas lesen memandu yang dikecualikan daripada keperluan Lesen Memandu Percubaan (PDL)?
- A. Kelas E✓ Jawapan
- B. Kelas D
- C. Kelas B
Q670Adakah calon yang belum dikeluarkan Lesen Belajar Memandu (LDL) dibenarkan memandu kenderaan sekolah memandu di jalan raya untuk latihan amali?
- A. Dibenarkan memandu di kawasan sekolah memandu sahaja
- B. Dibenarkan memandu
- C. Tidak dibenarkan memandu✓ Jawapan
Q671Kadar alkohol yang dibenarkan dalam nafas pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL) yang sedang memandu ialah
- A. 0.20 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas
- B. 0.00 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas✓ Jawapan
- C. 0.50 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas
Q672Apakah warna plat 'P'?
- A. Latar putih dan huruf P merah
- B. Latar merah dan huruf P putih✓ Jawapan
- C. Latar merah dan huruf P hitam
Q673Pemohon ujian memandu mesti memenuhi syarat-syarat berikut sebelum dibenarkan menduduki ujian amali: i) Menghadiri kursus teori selama 5 jam ii) Lulus ujian peraturan jalan raya (teori) iii) Menghadiri latihan amali selama 16 jam iv) Menghadiri pra-ujian di institut memandu
- A. i, ii, iii dan iv✓ Jawapan
- B. i, ii dan iv
- C. i, iii dan iv
Latih soalan ini secara percumaKuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian
Mula berlatih