KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian C · KEJARA & Lesen · 9/10

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian C · KEJARA & Lesen (Muka 9/10)

Bahagian C · KEJARA & Lesen ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q649–Q661 daripada 120 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q649Berapakah markah demerit dibawah yang tidak akan membatalkan pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL) di bawah Sistem KEJARA?

  1. A. 20 mata
  2. B. 21 mata
  3. C. 6 mata✓ Jawapan

Q650Apakah had laju kebangsaan untuk memandu kereta di lebuh raya?

  1. A. 110km/j✓ Jawapan
  2. B. 80km/j
  3. C. 180km/j

Q651Berapa lamakah tempoh sah laku Lesen Belajar Memandu (LDL)?

  1. A. 1 tahun
  2. B. 5 tahun
  3. C. 2 tahun✓ Jawapan

Q652Berapa lamakah tempoh sah laku Lesen Memandu Percubaan (PDL)?

  1. A. 2 tahun✓ Jawapan
  2. B. 5 tahun
  3. C. 10 tahun

Q654Siapakah yang perlu mengesahkan kelayakan memohon lesen memandu oleh calon Orang Kurang Upaya (OKU)?

  1. A. Pengamal Peruabatan Berdaftar✓ Jawapan
  2. B. Hakim Mahkamah
  3. C. Ketua Polis Negara

Q655Pilih jawapan yang betul mengenai syarat-syarat pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL) kelas D.

  1. A. Pemegang Lesen Belajar Memandu kelas D perlu mempamerkan plat 'P'
  2. B. Pemegang Lesen Belajar Memandu kelas D tidak dibenarkan memandu seorang diri✓ Jawapan
  3. C. Pemegang Lesen Belajar Memandu Kelas D dibenarkan memandu seorang diri

Q656Lesen Memandu percubaan (PDL) yang telah tamat tempoh hendaklah ditukarkan ke Lesen Memandu Kompeten (CDL) dalam tempoh:

  1. A. 1 tahun✓ Jawapan
  2. B. 3 tahun
  3. C. 5 tahun

Q657Kesalahan pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL) memandu kenderaan dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan boleh menyebabkan lesen:

  1. A. Digantung 12 bulan
  2. B. Digantung 6 bulan
  3. C. Dibatalkan✓ Jawapan

Q658Sila pilih kesalahan lalu lintas:

  1. A. Radio rosak
  2. B. Lampu isyarat tidak berfungsi✓ Jawapan
  3. C. Aircond tak sejuk

Q659Apakah tempoh maksimum memperbaharui Lesen Memandu Kompeten (CDL)?

  1. A. 1 tahun
  2. B. 10 tahun
  3. C. 5 tahun✓ Jawapan

Q660Berapa lamakah tempoh percubaan Lesen Memandu Percubaan (PDL)?

  1. A. 5 tahun
  2. B. 3 tahun
  3. C. 2 tahun✓ Jawapan

Q661Berapakah umur yang layak untuk memohon Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas E?

  1. A. 21 tahun✓ Jawapan
  2. B. 15 tahun
  3. C. 18 tahun
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文