KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian C · KEJARA & Lesen · 4/11

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian C · KEJARA & Lesen (Muka 4/11)

Bahagian C · KEJARA & Lesen ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q437–Q450 daripada 123 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q437Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh diperbaharui untuk tempoh maksimum:

  1. A. 3 tahun.
  2. B. 5 tahun.✓ Jawapan
  3. C. 8 tahun.

Q439Apakah syarat umur bagi permohonan Lesen Memandu Kompeten (CDL) kelas E?

  1. A. 16 tahun
  2. B. 17 tahun
  3. C. 21 tahun✓ Jawapan

Q440Lesen Belajar Memandu (LDL) boleh diperbaharui bagi tempoh 3 bulan atau 6 bulan dan mestilah tidak melebihi tempoh:

  1. A. satu tahun.
  2. B. Dua tahun✓ Jawapan
  3. C. Tiga tahun

Q441Berapakah tempoh sah bagi keputusan ujian untuk memohon lesen memandu?

  1. A. 1 tahun✓ Jawapan
  2. B. 2 tahun
  3. C. 3 tahun.

Q442Apakah jenis lesen yang dikeluarkan kepada pemandu kenderaan perkhidmatan awam?

  1. A. Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan lesen PSV.✓ Jawapan
  2. B. Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan lesen GDL.
  3. C. Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan lesen konduktor.

Q443Pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL) diwajibkan untuk mempamerkan:

  1. A. Plat ''L'' di hadapan dan belakang kenderaan
  2. B. Plat ''P'' di hadapan dan belakang kenderaan✓ Jawapan
  3. C. Tanda ''L'' dan ''P'' di hadapan kenderaan

Q444Mengapakah pemandu dilarang meletakkan kenderaannya sesuka hati di kawasan lalu lintas yang sibuk?

  1. A. Ia menyukarkan kenderaan lain mencari tempat letak kenderaan.
  2. B. Mendatangkan bahaya, halangan atau kesusahan kepada pengguna jalan raya yang lain✓ Jawapan
  3. C. Memberikan ruang yang mencukupi kepada kenderaan lain untuk meletak kenderaan

Q445Di manakah plat ''P'' bagi motosikal dipamerkan?

  1. A. Pada lampu hadapan dan di atas atau bawah plat nombor pendaftaran motosikal
  2. B. Di atas atau bawah lampu hadapan dan di atas atau bawah plat nombor pendaftaran motosikal✓ Jawapan
  3. C. Di atas atau bawah lampu hadapan dan pada plat nombor pendaftaran motosikal

Q446Di manakah plat ''P'' bagi motokar dipamerkan?

  1. A. di sebelah kiri cermin hadapan dan sebelah kanan cermin belakang.
  2. B. di sebelah kanan cermin hadapan dan sebelah kiri cermin belakang.
  3. C. Di bahagian kiri cermin hadapan dan bahagian kiri cermin belakang✓ Jawapan

Q448Apakah kelas lesen memandu yang tidak memerlukan tempoh percubaan selama dua (2) tahun?

  1. A. Kelas E✓ Jawapan
  2. B. kelas D
  3. C. Kelas C

Q449Apakah kesalahan yang dilakukan oleh pemandu kereta yang meletakkan kenderaannya di perhentian bas?

  1. A. Menyebabkan pemandu bas marah.
  2. B. Meletak kenderaannya di tempat larangan.✓ Jawapan
  3. C. Menyebabkan penumpang bas marah.

Q450Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL) di bawah Sistem KEJARA kerana menyertai perlumbaan haram?

  1. A. Pembatalan Lesen Memandu Percubaannya (PDL).✓ Jawapan
  2. B. Penggantungan Lesen Memandu Percubaannya (PDL) selama 6 bulan.
  3. C. Penggantungan Lesen Memandu Percubaannya (PDL) selama 12 bulan.
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文