Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian C · KEJARA & Lesen (Muka 5/10)
Bahagian C · KEJARA & Lesen ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q453–Q468 daripada 120 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.
Q453Siapakah golongan pemandu yang perlu memegang Lesen Memandu Percubaan (PDL)?
- A. Pemohon lesen memandu kereta motor berat sahaja.
- B. Pemohon lesen memandu E, E1 dan E2 sahaja.
- C. Pemohon lesen kelas permulaan sahaja.✓ Jawapan
Q454Adakah calon yang mempunyai Lesen Belajar Memandu (LDL) kelas D dibenarkan memandu di jalan raya?
- A. Tidak boleh
- B. Boleh, jika dia cukup umur.
- C. Boleh, jika ada tenaga pengajar bersamanya.✓ Jawapan
Q455Apakah jenis lesen yang dikeluarkan kepada pemandu Kenderaan Barangan?
- A. Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan lesen PSV
- B. Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan lesen GDL✓ Jawapan
- C. Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan lesen Konduktor
Q456Apakah kelas lesen memandu yang layak dimohon apabila berumur 18 tahun?
- A. Kelas B sahaja
- B. Kelas D sahaja
- C. Kelas B dan Kelas D✓ Jawapan
Q457Apakah tindakan yang harus diambil sekiranya terlanggar seorang kanak-kanak yang sedang melintas jalan?
- A. Teruskan perjalanan ke destinasi anda dan rahsiakan kejadian tersebut
- B. Tinggalkan wang pampasan kepada kanak-kanak itu dan teruskan perjalanan anda.
- C. Berhentikan kenderaan, berikan bantuan sewajarnya dan buat laporan polis dalam masa 24 jam✓ Jawapan
Q458Apakah syarat yang dikenakan kepada pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL) kelas D?
- A. Tidak boleh membawa penumpang atau muatan
- B. Tidak perlu mempamerkan tanda pengenalan 'L' di hadapan dan belakang kenderaan
- C. Tidak boleh memandu seorang diri.✓ Jawapan
Q459Apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL) yang disabitkan mempunyai kandungan alkohol dalam nafas, darah atau air kencingnya?
- A. Boleh didenda RM1000 atau 3 bulan penjara jika disabitkan bagi kesalahan pertama.
- B. Boleh didenda RM1000 bagi kesalahan pertama.
- C. Boleh didenda RM2000 atau 6 bulan penjara bagi kesalahan pertama.✓ Jawapan
Q460Berapakah kadar alkohol yang dibenarkan dalam pemeriksaan nafas bagi pemegang Lesen memandu Percubaan (PDL) semasa memandu?
- A. 0.00 mikrogram✓ Jawapan
- B. 35 mikrogram
- C. 80 mikrogram
Q461Yang manakah tanda 'P' yang mesti dipamerkan pada kenderaan oleh pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL)?
- A.

- B.

- C.
✓ Jawapan
Q465Objektif Sistem KEJARA adalah untuk:
- A. mengurangkan kesesakan lalu lintas.
- B. mengurangkan kadar kemalangan.✓ Jawapan
- C. memendekkan masa perjalanan.
Q467Apakah kesalahan lalu lintas yang membawa mata demerit tertinggi kepada pemandu?
- A. Menggunakan tayar yang haus.
- B. Tidak membawa lesen memandu.
- C. Memandu secara melulu atau berbahaya.✓ Jawapan
Q468Apakah syarat umur untuk memohon lesen memandu kelas B2 dan kelas D?
- A. Kelas B2 - 16 tahun ke atas; Kelas D - 17 tahun ke atas.✓ Jawapan
- B. Kelas B2 - 18 tahun ke atas; Kelas D - 21 tahun ke atas.
- C. Kelas B2 - 19 tahun ke atas; Kelas D - 25 tahun ke atas.
Latih soalan ini secara percumaKuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian
Mula berlatih