KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian B · Undang-undang · 12/28

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 12/28)

Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q296–Q307 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q296Apakah yang perlu anda lakukan apabila pemandu kenderaan di hadapan anda memecut ketika anda hendak memotong?

  1. A. Kurangkan kelajuan dan kembali ke lorong kiri.✓ Jawapan
  2. B. Bunyikan hon dan pasang lampu tinggi anda.
  3. C. Tukar ke gear rendah.

Q297Apakah tindakan yang diambil sebelum bergerak ke kanan untuk memotong?

  1. A. Kenderaan anda perlu berada pada gear yang sesuai✓ Jawapan
  2. B. Amalkan peraturan 7 saat sebelum memotong.
  3. C. Pasang lampu dan bunyikan hon.

Q298Manakah tempat yang bahaya untuk memotong kenderaan?

  1. A. Lebuh raya
  2. B. Jalan selekoh.✓ Jawapan
  3. C. Lorong memotong.

Q299Apabila memotong lori panjang, anda hendaklah

  1. A. Gunakan gear yang betul dan memecut.✓ Jawapan
  2. B. Bunyikan hon lebih lama supaya pemandu di hadapan memperlahankan kenderaannya.
  3. C. Pasang lampu kecemasan dan memecut.

Q300Apakah sikap pemandu yang boleh menyebabkan kemalangan berlaku?

  1. A. Berbudi bahasa dan bertimbang rasa.
  2. B. Berhati-hati dan berhemah.
  3. C. Bersikap tidak sabar✓ Jawapan

Q301Apakah yang anda lakukan jika kenderaan di belakang anda hendak memotong kenderaan anda di jalan raya?

  1. A. Kemudi ke kiri dan berhentikan kenderaan anda.
  2. B. Memecut supaya dia tidak dapat memotong.
  3. C. Perlahan dan beri ruang kepadanya untuk memotong.✓ Jawapan

Q302Tindakan pemandu di bawah adalah terpuji dan patut dicontohi:

  1. A. Memotong di selekoh jalan.
  2. B. Mematuhi peraturan lalu lintas.✓ Jawapan
  3. C. Membuang tin minuman ke luar kenderaan.

Q303Apakah yang perlu anda lakukan sebelum memulakan perjalanan jauh?

  1. A. Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi.✓ Jawapan
  2. B. Membawa makanan tambahan.
  3. C. Mengambil ubat anti-letih.

Q304Manakah yang berikut tidak berkaitan dengan 10 peraturan memotong di bawah konsep Pemanduan Berhemah?

  1. A. Berkomunikasi
  2. B. Isyarat
  3. C. Mengurangkan kelajuan✓ Jawapan

Q305Apakah cara pemanduan yang betul ketika memandu di lebuh raya berdasarkan konsep pemanduan berhemah?

  1. A. Mengamalkan peraturan 6 saat.
  2. B. Memandu berterusan tanpa berehat.
  3. C. Memandu di lorong kiri jika tidak memotong✓ Jawapan

Q306Apakah tindakan yang harus diambil semasa memandu jika melihat orang buta sedang melintas di hadapan anda?

  1. A. Beri amaran dengan membunyikan hon dan terus bergerak.
  2. B. Kurangkan kelajuan dan berhenti untuk membenarkannya melintas✓ Jawapan
  3. C. Berhenti dan nasihatkan dia supaya tidak menggunakan jalan raya tanpa bantuan.

Q307Bagaimanakah memandu secara tergesa-gesa untuk tiba ke destinasi dapat dielakkan?

  1. A. Memandu pada awal pagi ketika lalu lintas kurang.
  2. B. Merancang perjalanan anda supaya mempunyai waktu yang mencukupi✓ Jawapan
  3. C. Memandu pada waktu malam sahaja bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文