Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 13/28)
Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q308–Q320 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.
Q308Apakah tujuan pemandu yang berhemah untuk menjangka dan mengenal pasti bahaya atau halangan semasa memandu kenderaan?
- A. Dapat memantau pergerakan kenderaan lain.
- B. Dapat meningkatkan kadar kemalangan jalan raya.
- C. Bersedia bagi mengelakkan kemalangan✓ Jawapan
Q309Pemandu boleh mengalihkan pandangan untuk apa?
- A. Memakai tali pinggang keledar.
- B. Melihat kanak-kanak bermain di taman permainan.
- C. Melihat cermin pandang belakang dan cermin sisi✓ Jawapan
Q311Mengapakah perlanggaran antara dua buah kenderaan semasa memotong berlaku?
- A. Pemandu tidak mematuhi peraturan memotong✓ Jawapan
- B. Pemandu yang telah memeriksa titik buta.
- C. Pemandu yang mengamalkan peraturan 2 saat.
Q312Apakah yang anda lakukan jika tayar belakang kenderaan anda pancit semasa anda memandu?
- A. Bunyikan hon untuk memberi amaran kepada pemandu lain.
- B. Tekan brek perlahan-lahan, kawal kenderaan dan kemudi ke bahu jalan yang rata.✓ Jawapan
- C. Brek secara mengejut supaya kenderaan dapat diberhentikan serta-merta.
Q313Mengapakah pemandu dibenarkan memotong kenderaan di sebelah kiri?
- A. Kenderaan di hadapan ingin membelok ke kanan✓ Jawapan
- B. Terdapat barisan kenderaan yang panjang di hadapan anda.
- C. Kenderaan di hadapan anda bergerak terlalu perlahan.
Q314Apakah langkah yang perlu anda ambil semasa memandu di kawasan yang tidak biasa?
- A. Tingkatkan kelajuan kenderaan anda supaya anda tahu laluan yang diambil.
- B. Perlahan dan pandu dengan berhati-hati untuk menjangka halangan.✓ Jawapan
- C. Sentiasa melihat ke kiri dan kanan semasa memandu.
Q315Apakah cara pemanduan yang akan menyebabkan kenderaan anda terkeluar dari jalan di selekoh?
- A. Memandu pada kelajuan yang berlebihan.✓ Jawapan
- B. Menggunakan gear rendah.
- C. Lampu brek tidak berfungsi.
Q316Apakah punca utama kemalangan di jalan lurus?
- A. Menggunakan tayar yang murah.
- B. Memandu laju.✓ Jawapan
- C. Tidak memakai tali pinggang keledar.
Q317Bilakah anda DIBENARKAN membunyikan hon?
- A. Semasa memotong.✓ Jawapan
- B. Apabila menghampiri hospital.
- C. Apabila haiwan melintas jalan.
Q318Apakah kegunaan perlindungan insurans kenderaan motor?
- A. Untuk mendapatkan kelulusan pinjaman kenderaan.
- B. Untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
- C. Memberi pampasan kepada pihak yang terlibat dalam kemalangan✓ Jawapan
Q319Apakah yang perlu anda lakukan apabila berasa letih semasa memandu di lebuh raya?
- A. Berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R)✓ Jawapan
- B. Memandu dengan lebih laju supaya cepat sampai ke destinasi dan berehat di sana.
- C. Terus memandu dan mendengar muzik untuk menghilangkan keletihan.
Q320Apakah kesan kepada pemandu yang mengambil alkohol secara berlebihan?
- A. Melambatkan masa tindak balas✓ Jawapan
- B. Ia meningkatkan penglihatan.
- C. Ia meningkatkan masa tindak balas.
Latih soalan ini secara percumaKuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian
Mula berlatih