Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 14/28)
Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q321–Q332 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.
Q321Semasa memandu, perhatian khusus perlu diberikan kepada pejalan kaki warga emas kerana
- A. Mereka tidak mematuhi peraturan lalu lintas.
- B. Mereka tidak memahami peraturan lalu lintas.
- C. Pendengaran dan penglihatan mereka lemah.✓ Jawapan
Q322Apakah yang perlu dijangka apabila melihat murid-murid turun dari bas sekolah di hadapan kenderaan anda?
- A. Kanak-kanak sekolah akan mematuhi peraturan lalu lintas.
- B. Kanak-kanak sekolah akan menunggu di tepi jalan.
- C. Kanak-kanak sekolah mungkin meluru melintas jalan.✓ Jawapan
Q323Apakah maksud peraturan 2 saat?
- A. Peraturan untuk memberhentikan kenderaan anda.
- B. Peraturan semasa mengurangkan kelajuan kenderaan anda.
- C. Peraturan semasa mengikuti kenderaan di hadapan anda.✓ Jawapan
Q324Manakah tempat yang dilarang meletak kenderaan?
- A. Pili bomba✓ Jawapan
- B. Tempat letak kenderaan.
- C. Kawasan Rehat dan Rawat
Q325Apakah perkara yang perlu dirancang sebelum memulakan perjalanan?
- A. Memandu laju.
- B. Mengubah suai kenderaan anda.
- C. Memeriksa keadaan kenderaan✓ Jawapan
Q326Salah satu peraturan di persimpangan ialah:
- A. Membrek secara mengejut.
- B. Memberhentikan kenderaan anda.✓ Jawapan
- C. Memotong kenderaan di hadapan anda.
Q327Apakah tindakan yang betul berkaitan dengan penggunaan gear?
- A. Tukar ke gear yang lebih tinggi semasa mendaki bukit.
- B. Tukar ke gear yang lebih tinggi semasa menuruni bukit.
- C. Tukar kepada gear rendah semasa mendaki bukit✓ Jawapan
Q328Apakah faktor utama yang menyebabkan kemalangan berlaku pada waktu malam?
- A. Cuaca sejuk.
- B. Silauan cahaya✓ Jawapan
- C. Jalan sunyi.
Q329Apakah tindakan yang BETUL apabila kenderaan anda dipotong oleh kenderaan lain?
- A. Memecut.
- B. Mengurangkan kelajuan.✓ Jawapan
- C. Membelok ke kanan.
Q330Apakah maksud untuk mengenal pasti dalam konsep pemanduan berhemah?
- A. Membuat keputusan sebelum memulakan perjalanan dan mengenal pasti destinasi.
- B. Mengenal pasti semua keadaan yang boleh membawa kepada kemalangan.✓ Jawapan
- C. Mengenal pasti tingkah laku pemandu lain, menjangka keadaan jalan dan memastikan kenderaan bergerak perlahan.
Q331Kemalangan semasa kesesakan lalu lintas boleh dielakkan dengan:
- A. Memasang lampu supaya pemandu lain dapat melihat anda.
- B. Merancang perjalanan dengan menggunakan jalan yang kurang sesak atau memulakan perjalanan lebih awal.✓ Jawapan
- C. Menggunakan lorong kecemasan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas demi sampai ke destinasi.
Q332Apakah tindakan yang diambil apabila melihat tanda isyarat ''BERI LALUAN''?
- A. Perlahan dan beri laluan kepada kenderaan di sebelah kanan.✓ Jawapan
- B. Perlahan dan beri laluan kepada kenderaan dari arah bertentangan.
- C. Teruskan perjalanan kerana kenderaan lain patut memberi laluan kepada anda.
Latih soalan ini secara percumaKuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian
Mula berlatih