Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 15/28)
Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q333–Q344 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.
Q333Apakah tindakan yang diambil semasa memandu di lebuh raya tiga lorong yang mempunyai tanda isyarat lalu lintas yang bermaksud ''Lorong Di Sebelah Kiri Semakin Sempit''?
- A. Kekalkan kelajuan dan bertukar ke lorong kanan sebaik melihat papan tanda itu.
- B. Tingkatkan kelajuan dan bertukar ke lorong kanan sebaik melihat papan tanda itu.
- C. Perlahankan kenderaan dan berikan laluan kepada kenderaan di sebelah kanan sebelum bertukar lorong✓ Jawapan
Q334Bagaimanakah perlanggaran dengan kenderaan di hadapan dapat dielakkan?
- A. Membunyikan hon jika kenderaan di hadapan anda bergerak terlalu perlahan.
- B. Memerhatikan kenderaan di hadapan dan mematuhi peraturan jarak✓ Jawapan
- C. Memerhatikan kenderaan di belakang supaya anda tidak perlu membrek secara mengejut
Q335Apakah maksud ''merancang perjalanan''?
- A. Merancang masa perjalanan yang mencukupi tanpa perlu tergesa-gesa.✓ Jawapan
- B. Membawa bekalan makanan yang mencukupi untuk perjalanan.
- C. Menggunakan jalan pintas apabila lalu lintas sesak.
Q336Apakah peraturan yang diikuti semasa memotong kenderaan di hadapan?
- A. 10 peraturan memotong✓ Jawapan
- B. 14 peraturan memotong.
- C. 16 peraturan memotong.
Q337Kemalangan semasa mengundur kenderaan boleh dielakkan jika pemandu:
- A. Melihat cermin pandang belakang dan cermin sisi sebelum mengundur.✓ Jawapan
- B. Mengundur tanpa melihat ke belakang, kiri dan kanan.
- C. Mengundur dengan cepat tanpa menilai keadaan jalan yang sebenar.
Q338Apakah yang perlu anda lakukan apabila disilaukan oleh cahaya lampu semasa memandu pada waktu malam?
- A. Bunyikan hon.
- B. Perlahan.✓ Jawapan
- C. Tukar kepada lampu tinggi.
Q339Apabila anda berada di persimpangan yang dikawal oleh lampu isyarat, anda hendaklah:
- A. Memecut.
- B. Mematuhi lampu isyarat.✓ Jawapan
- C. Membrek secara mengejut.
Q340Untuk berhenti di cerun bukit, anda hendaklah:
- A. Tekan klac dan tukar ke gear satu.
- B. Tekan pedal brek dan tarik brek tangan.✓ Jawapan
- C. Lepaskan gear dan tarik brek tangan.
Q341Apakah tindakan yang harus diambil apabila bonet kenderaan terbuka ketika memandu?
- A. Brek beransur-ansur menuju ke bahu jalan dan lihat melalui tingkap untuk panduan arah✓ Jawapan
- B. Bunyikan hon untuk memberi amaran kepada pemandu lain supaya berhati-hati.
- C. Berhentikan kenderaan secara mengejut untuk menutup bonet.
Q342Merancang perjalanan akan membentuk pemandu yang:
- A. Memandu laju.
- B. Berhati-hati dan tidak tergesa-gesa.✓ Jawapan
- C. Tidak berhemah atau bertimbang rasa.
Q343Apakah tindakan yang perlu diambil apabila melihat bas sekolah berhenti di tepi jalan sambil memasang lampu kecemasan?
- A. Memecut dan membunyikan hon.
- B. Teruskan perjalanan seperti biasa dan memotong dari sebelah kiri jalan.
- C. Memandu dengan lebih berhati-hati dan berhenti jika perlu✓ Jawapan
Q344Apakah tindakan yang betul semasa memandu?
- A. Mematuhi peraturan lalu lintas✓ Jawapan
- B. Sentiasa memotong kenderaan di hadapan.
- C. Mengekori kenderaan di hadapan anda.
Latih soalan ini secara percumaKuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian
Mula berlatih