Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 16/28)
Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q345–Q356 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.
Q345Apakah tindakan yang perlu diambil di persimpangan jalan yang mempunyai lampu isyarat semasa berhenti dan menunggu?
- A. Tarik brek tangan dan bebaskan gear.✓ Jawapan
- B. Tekan pedal brek dan klac serentak.
- C. Tekan klac dan tukar ke gear satu.
Q346Apakah faktor yang boleh menjejaskan pemanduan anda?
- A. Perjalanan yang tergesa-gesa kerana urusan penting.
- B. Cabaran daripada pemandu lain yang memandu laju dan menunjuk-nunjuk.
- C. Keadaan jalan, lalu lintas, cuaca dan kenderaan.✓ Jawapan
Q347Apakah yang perlu dijangka semasa memandu di belakang sebuah kenderaan yang menghampiri kawasan pembinaan?
- A. Kenderaan di hadapan anda mungkin memecut.
- B. Kenderaan di hadapan anda mungkin memasang lampu hadapan.
- C. Kenderaan di hadapan mungkin akan berhenti secara mengejut✓ Jawapan
Q348Apakah tindakan yang harus diambil apabila pedal pemecut tiba-tiba terlekat?
- A. Lepaskan gear, berhenti di tepi jalan dan matikan enjin.✓ Jawapan
- B. Tekan klac dan tukar ke gear yang lebih tinggi.
- C. Teruskan perjalanan sehingga sampai ke bengkel.
Q349Apabila kenderaan anda dipotong oleh kenderaan lain, anda dinasihatkan supaya
- A. Mengurangkan kelajuan.✓ Jawapan
- B. Memecut.
- C. Mengekalkan kelajuan anda.
Q350Apakah yang harus dibuat semasa memandu di kawasan perumahan?
- A. Memandu sambil berbual.
- B. Memandu sambil menyapa jiran anda.
- C. Sentiasa memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati✓ Jawapan
Q351Apakah empat peraturan untuk mengelakkan kemalangan dari hadapan?
- A. Lihat ke hadapan, bunyikan hon, pasang lampu dan berhentikan kenderaan.
- B. Lihat ke hadapan, membelok ke kanan, bunyikan hon dan pasang lampu hadapan.
- C. Lihat jalan hadapan, bertindak dengan bergerak ke kiri, kurangkan kelajuan dan pandu keluar daripada jalan raya✓ Jawapan
Q352Kenderaan yang bergerak melalui kawasan lintasan pejalan kaki dikenali sebagai apa?
- A. Pergerakan keluar
- B. Pergerakan masuk.
- C. Lintasan.✓ Jawapan
Q353Apakah tindakan yang diambil apabila lampu hadapan kenderaan anda terpadam ketika memandu pada waktu malam?
- A. Perlahan, beri isyarat dan berhenti di bahu jalan.✓ Jawapan
- B. Pasang lampu kecemasan dan teruskan perjalanan.
- C. Berhentikan kenderaan secara mengejut tanpa memerhatikan kenderaan di belakang anda.
Q354Apakah maksud ''pertimbangan yang baik'' semasa memandu?
- A. Mengambil tindakan yang sesuai mengikut keadaan lalu lintas, jalan dan cuaca✓ Jawapan
- B. Mengabaikan maklumat yang disampaikan oleh media massa tentang keadaan lalu lintas.
- C. Membiarkan pemandu lain yang mengambil tindakan untuk mengelakkan kemalangan berlaku
Q355Apakah tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah silauan lampu kenderaan lain pada waktu malam semasa memandu?
- A. Anda hendaklah memejamkan mata dan menunggu lampu yang menyilaukan itu berlalu.
- B. Anda hendaklah memakai cermin mata gelap untuk mengelakkan cahaya yang terlalu terang daripada kenderaan lain.
- C. Elakkan daripada melihat tepat ke arah lampu kenderaan yang datang dari arah hadapan dan perlahankan kenderaan✓ Jawapan
Q356Kemalangan jalan raya boleh dielakkan jika semua pemandu:
- A. Memandu secara melulu dan pentingkan diri sendiri.
- B. Memandu dengan berhemah dan bertimbang rasa.✓ Jawapan
- C. Memastikan semua pengguna jalan raya lain mematuhi peraturan lalu lintas.
Latih soalan ini secara percumaKuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian
Mula berlatih