KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian B · Undang-undang · 17/28

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 17/28)

Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q357–Q368 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q357Apakah maksud bahaya semasa memandu di jalan raya?

  1. A. Usia kenderaan yang tua
  2. B. Banyak papan tanda di persimpangan.
  3. C. Halangan di jalan seperti keadaan jalan yang tidak sempurna✓ Jawapan

Q358Mencuci tayar mengurangkan cengkaman brek anda. Sebelum memulakan perjalanan, anda dinasihatkan supaya:

  1. A. Menguji cengkaman brek anda untuk memastikan keberkesanannya.✓ Jawapan
  2. B. Membrek secara mengejut semasa memandu laju.
  3. C. Memecut kenderaan anda sebelum menguji brek.

Q359Siapakah pemandu berhemah?

  1. A. Memandu laju di lebuh raya.
  2. B. Memotong kenderaan lain tanpa menghiraukan peraturan.
  3. C. Dapat menyesuaikan kelajuan mengikut keadaan jalan✓ Jawapan

Q360Di manakah kawasan titik buta(blind spot) kenderaan?

  1. A. Kawasan di belakang kenderaan anda yang tidak dapat dilihat melalui cermin pandang belakang.
  2. B. Kawasan yang tidak dapat anda lihat semasa memandu.
  3. C. Kawasan di sebelah kiri dan kanan kenderaan anda yang tidak dapat dilihat melalui cermin pandang belakang dan sisi✓ Jawapan

Q361Apakah yang dimaksudkan tentang halangan?

  1. A. Elemen panduan untuk pemandu.
  2. B. Elemen yang tidak dapat dikenal pasti oleh pemandu.
  3. C. Elemen yang dikenal pasti sebagai berbahaya.✓ Jawapan

Q362Apakah tindakan yang perlu diambil apabila bahagian hadapan kenderaan berasap dan meter penunjuk suhu meningkat semasa memandu?

  1. A. Matikan enjin, isi air radiator dengan segera.
  2. B. Matikan enjin, tunggu enjin sejuk dan tambahkan air ke dalam radiator✓ Jawapan
  3. C. Terus memandu sehingga menemui mekanik yang dapat mengenal pasti punca masalah.

Q363Apakah tindakan yang diambil selepas terlibat dalam kemalangan semasa memandu?

  1. A. Teruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.
  2. B. Dapatkan sijil daripada Jabatan Kerja Raya.
  3. C. Membuat laporan kepada pihak polis dan syarikat insurans✓ Jawapan

Q364Mengapakah pemandu dilarang menggunakan lampu tinggi apabila mengekori kenderaan lain pada waktu malam?

  1. A. Ia menjimatkan bateri.
  2. B. Menyilaukan mata pemandu kenderaan di hadapan✓ Jawapan
  3. C. Ia menyukarkan anda menganggarkan jarak.

Q365Apakah sikap terpuji yang harus dimiliki oleh setiap pemandu?

  1. A. Mengabaikan keselamatan orang lain.
  2. B. Bertimbang rasa kepada pengguna jalan raya yang lain✓ Jawapan
  3. C. Tidak menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.

Q366Apakah ciri-ciri pemandu yang baik?

  1. A. Pemandu yang tidak menumpukan perhatian pada pemanduannya.
  2. B. Pemandu yang tidak melanggar peraturan lalu lintas.✓ Jawapan
  3. C. Pemandu yang tidak memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

Q367Apakah tindakan yang harus diambil sebelum memulakan perjalanan?

  1. A. Pastikan radio berfungsi dengan baik.
  2. B. Memastikan tekanan angin tayar yang mencukupi✓ Jawapan
  3. C. Pastikan telefon bimbit ada di dalam kereta.

Q368Apabila anda hendak memberhentikan kenderaan, pedal manakah yang anda gunakan?

  1. A. Brek dan pedal minyak.
  2. B. Klac, brek dan pedal minyak.
  3. C. Brek dan klac.✓ Jawapan
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文