Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 24/28)
Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q591–Q602 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.
Q591Apakah peraturan yang tidak dipatuhi oleh pemandu semasa memotong apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan kenderaan yang datang dari arah hadapan?
- A. Peraturan 5 saat
- B. Peraturan 3 saat
- C. Peraturan 12 saat✓ Jawapan
Q592Apakah yang perlu dilakukan sebelum menghidupkan enjin kenderaan?
- A. Menggunakan gear lima
- B. Menekan pedal pemecut
- C. Memastikan gear dalam keadaan bebas✓ Jawapan
Q593Apakah tindakan yang diambil apabila kenderaan yang dipandu terbabas ke bahu jalan?
- A. Meningkatkan kelajuan dan memandu balik ke atas jalan raya
- B. Berhenti dan menelefon polis
- C. Bertenang dan naik semula ke atas jalan secara perlahan✓ Jawapan
Q594Apakah kegunaan brek tangan kenderaan?
- A. Memastikan kenderaan itu tidak bergerak✓ Jawapan
- B. Menukar gear
- C. Meningkatkan kelajuan semasa memandu
Q595Apakah tindakan pemandu semasa mendaki bukit yang tinggi?
- A. Menggunakan brek tangan dan klac
- B. Menggunakan brek kaki
- C. Menggunakan gear rendah✓ Jawapan
Q596Apakah keadaan untuk pemandu memotong kenderaan di hadapan?
- A. Apabila kenderaan di hadapan bergerak terlalu perlahan✓ Jawapan
- B. Apabila melumba dengan kenderaan di hadapan
- C. Apabila polis traffik di hadapan
Q597Apakah tempat yang dibenarkan memotong kenderaan?
- A. Di jalan lurus dengan garisan putus-putus✓ Jawapan
- B. Di kawasan sekolah
- C. Di jalan hadapan balai polis dengan garisan kembar
Q598Mengapakah pemandu harus melaraskan cermin sisi?
- A. Supaya dapat melihat muka sendiri
- B. Supaya dapat melihat cuaca di langit
- C. Supaya dapat melihat kenderaan yang datang dari arah belekang✓ Jawapan
Q599Apakah tindakan yang harus diambil sebelum keluar dari kenderaan yang berhenti di tepi jalan?
- A. Membuka pintu serta-merta dan keluar
- B. Melihat cermin sisi dan memastikan tiada kenderaan lain dari belakang✓ Jawapan
- C. Membunyikan hon untuk memberitahu pemandu lain bahawa anda ingin keluar
Q600Hydroplaning berlaku disebabkan oleh apa?
- A. Jalan yang berlubang
- B. Jalan yang kasar
- C. Jalan yang ditangkungi air✓ Jawapan
Q601Apakah tindakan yang harus diambil apabila memandu dalam keadaan hujan lebat dan jalan sukar dilihat?
- A. Memberhentikan kenderaan di tempat yang selamat sehingga hujan berhenti✓ Jawapan
- B. Meningkatkan kelajuan kenderaan dan menyalakan lampu tinggi
- C. Meneruskan perjalanan dengan perlahan dan membunyikan hon
Q602Apakah yang harus dijangka semasa menghampiri selekoh tajam?
- A. Hanya anda yang sedang menggunakan jalan tersebut
- B. Terdapat halangan dan kenderaan dari hadapan✓ Jawapan
- C. Hujan secara tiba-tiba
Latih soalan ini secara percumaKuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian
Mula berlatih