KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian B · Undang-undang · 25/28

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 25/28)

Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q604–Q615 daripada 327 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q604Apakah yang harus dibuat apabila lampu isyarat berwarna kuning?

  1. A. Mengurangkan kelajuan✓ Jawapan
  2. B. Meneruskan perjalanan sambil membunyikan hon
  3. C. Menambahkan kelajuan sebelum bertukar merah

Q605Apakah tempat yang sesuai untuk meletakkan kenderaan?

  1. A. Di tepi bulatan
  2. B. Di simpang jalan
  3. C. Di tempah letak kenderaan✓ Jawapan

Q606Apakah keadaan yang mengizinkan pemandu memotong kenderaan di hadapan?

  1. A. Apabila kenderaan di hadapan mematuhi had laju yang ditetapkan
  2. B. Apabila kenderaan di hadapan meningkatkan kelajuan
  3. C. Apabila kenderaan di hadapan menukar haluan ke kiri✓ Jawapan

Q607Apakah yang harus diperhati semasa memandu di kawasan perumahan?

  1. A. Bunga di kawasan perumahan tersebut
  2. B. Kanak-kanak akan muncul secara tiba-tiba ke laluan anda✓ Jawapan
  3. C. Cuaca di kawasan perumahan tersebut

Q608Apakah yang harus dilakukan apabila memandu di jalan yang licin?

  1. A. Meneruskan perjalanan dan menyalakan lampu tinggi
  2. B. Menambahkan kelajuan dan beredar dari jalan yang licin secepat mungkin
  3. C. Memperlahankan kenderaan supaya mudah dikawal✓ Jawapan

Q609Bagaimanakah kemalangan yang berpunca daripada keadaan jalan dapat dielakkan?

  1. A. Meningkatkan kelajuan
  2. B. Menyesuaikan kelajuan mengikut keadaan jalan✓ Jawapan
  3. C. Memasang lampu tinggi dan bunyikan hon

Q610Apakah tindakan yang patut dilakukan apabila lampu isyarat bertukar daripada hijau kepada kuning?

  1. A. Meningkatkan kelajuan kenderaan
  2. B. Meneruskan perjalanan
  3. C. Perlahankan kenderaan✓ Jawapan

Q611Apakah cara yang selamat untuk membuat pusingan balik(U-turn)?

  1. A. Ikut lorong kiri, berhenti dan berpusing balik apabila selamat
  2. B. Ikut lorong kanan dan buat pusingan balik dengan serta-merta
  3. C. Ikut lorong sebelah kanan, berikan isyarat yang betul, perlahankan kenderaan dan buat pusingan balik apabila selamat✓ Jawapan

Q612Apakah yang perlu diamal oleh pemandu sebelum memotong kenderaan lain?

  1. A. Mengamalkan peraturan 3 saat
  2. B. Mengamalkan peraturan 1 saat
  3. C. Mengamalkan peraturan 12 saat✓ Jawapan

Q613Apakah cara pemanduan yang selamat di kawasan persimpangan?

  1. A. Menggunakan gear tinggi
  2. B. Menyalakan lampu tinggi
  3. C. Perlahankan kenderaan✓ Jawapan

Q614Apakah peraturan jarak sebelum memotong kenderaan di hadapan?

  1. A. Peraturan 10 saat
  2. B. Peraturan 1 saat
  3. C. Peraturan 2 saat✓ Jawapan

Q615Bagaimankakah kenderaan dapat dihentikan jika brek gagal berfungsi secara tiba-tiba?

  1. A. Membebaskan gear dan memandu ke atas bahu jalan sehingga berhenti
  2. B. Tukar kepada gear rendah untuk memperlahankan kenderaan dan tarik brek tangan secara beransur-ansur✓ Jawapan
  3. C. Memandu ke arah halangan dan melanggar sehingga berhenti
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文