KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian B · Undang-undang · 4/28

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 4/28)

Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q197–Q208 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q197Apakah yang patut dilakukan sebelum memulakan perjalanan pada waktu puncak?

  1. A. Batalkan perjalanan anda dan menaiki kapal terbang.
  2. B. Bertolak dan bersabar dengan kesesakan lalu lintas.
  3. C. Rancang perjalanan anda supaya dapat mengelakkan waktu puncak atau memilih jalan alternatif.✓ Jawapan

Q198Apakah jenis kesalahan yang berkaitan dengan alkohol di bawah akta Pengangkutan Jalan 1987?

  1. A. Menumpang kenderaan yang dipandu oleh kawan yang tidak berada di bawah pengaruh alkohol.
  2. B. Memandu semasa berada di bawah pengaruh alkohol.✓ Jawapan
  3. C. Menaiki kenderaan pengangkutan awam yang dipandu oleh orang yang tidak berada di bawah pengaruh alkohol.

Q199Apabila lampu isyarat di hadapan anda bertukar daripada merah kepada hijau, anda hendaklah

  1. A. Bunyikan hon sebelum meneruskan perjalanan.
  2. B. Teruskan perjalanan tanpa berhati-hati.
  3. C. Teruskan perjalanan jika tiada halangan.✓ Jawapan

Q200Apakah faktor yang menyumbang kepada kemalangan?

  1. A. Keadaan kenderaan.✓ Jawapan
  2. B. Warna kenderaan.
  3. C. Jenis kenderaan.

Q201Bagaimanakah dianggap sebagai sikap pemanduan sempurna?

  1. A. Biadab dan tidak bertimbang rasa.
  2. B. Terlibat dalam kemalangan jalan raya
  3. C. Mematuhi peraturan lalu lintas✓ Jawapan

Q202Apakah yang TIDAK boleh anda lakukan apabila kenderaan anda dipotong oleh kenderaan lain?

  1. A. Memandu di lorong kiri.
  2. B. Memecut kenderaan anda.✓ Jawapan
  3. C. Membenarkan kenderaan itu memotong.

Q203Di jalan yang tidak rata, anda hendaklah:

  1. A. Memandu dengan lebih laju.
  2. B. Menggunakan brek tangan.
  3. C. Mengurangkan kelajuan anda.✓ Jawapan

Q204Pedal mana yang anda guna apabila menghentikan kenderaan?

  1. A. Brek, diikuti dengan pedal minyak.
  2. B. Pedal minyak, diikuti dengan brek.
  3. C. Brek, diikuti dengan klac.✓ Jawapan

Q205Salah satu punca kemalangan ialah faktor kenderaan. Untuk mengelakkan kemalangan, anda hendaklah:

  1. A. Memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik.✓ Jawapan
  2. B. Memastikan laluan tidak sesak.
  3. C. Mengubah suai kenderaan anda supaya boleh memandu pada kelajuan maksimum.

Q206Apakah tanggungjawab pemandu terhadap pengguna jalan raya yang lain?

  1. A. Pemandu mesti sentiasa berwaspada dalam semua keadaan.✓ Jawapan
  2. B. Hak pengguna jalan raya lain tidak perlu diambil kira.
  3. C. Pemandu boleh memandu laju dalam semua keadaan.

Q207Apabila menghampiri lampu isyarat, anda hendaklah:

  1. A. Memecut.
  2. B. Memberhentikan kenderaan anda.
  3. C. Mematuhi lampu isyarat.✓ Jawapan

Q208Apakah yang harus dilakukan apabila ternampak sekumpulan kanak-kanak bermain di tepi jalan semasa memandu?

  1. A. Perlahankan kenderaan, bersedia untuk membrek dan berhenti jika perlu✓ Jawapan
  2. B. Kurangkan kelajuan, berhenti di tepi jalan dan perhatikan kanak-kanak di tepi jalan.
  3. C. Memecut dan membunyikan hon dengan kuat supaya kanak-kanak mendengar.
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文