KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian B · Undang-undang · 5/28

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 5/28)

Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q209–Q221 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q209Semasa memandu pada waktu malam, jika kenderaan dari arah bertentangan menggunakan lampu tinggi, anda hendaklah:

  1. A. Gunakan lampu tinggi untuk memberi amaran kepada pemandu itu supaya menundukkan lampunya.✓ Jawapan
  2. B. Gunakan lampu tinggi anda supaya pemandu dari arah bertentangan tidak dapat melihat.
  3. C. Masuk ke lorong pemandu dari arah bertentangan supaya dia berhenti di tepi jalan.

Q210Bilakah pemandu perlu melihat cermin pandang belakang semasa memandu?

  1. A. Setiap 1 hingga 2 saat.
  2. B. Setiap 5 hingga 8 saat✓ Jawapan
  3. C. Setiap 2 hingga 5 minit.

Q211Apakah tindakan yang perlu dilakukan sebelum memandu?

  1. A. Menukar minyak enjin dan palam pencucuh.
  2. B. Melaras tempat duduk dan cermin, dan memakai tali pinggang keledar.✓ Jawapan
  3. C. Mencuci kereta setiap minggu.

Q212Pemandu menggunakan cermin pandang belakang untuk melihat apa?

  1. A. Penumpang di tempat duduk belakang.
  2. B. Halangan melalui tingkap belakang.✓ Jawapan
  3. C. Orang di dalam kereta

Q213Apakah tindakan yang perlu diambil semasa mengundur kenderaan?

  1. A. Bunyikan hon, beri isyarat dan mengundur dengan laju.
  2. B. Pasang lampu hadapan untuk menandakan anda sedang mengundur.
  3. C. Pastikan tiada halangan, undur perlahan-lahan dan bersedia untuk membrek jika perlu✓ Jawapan

Q214Jika kenderaan yang anda pandu terjunam ke dalam sungai, apakah tindakan terbaik yang perlu anda dan penumpang anda lakukan?

  1. A. Menunggu untuk diselamatkan.
  2. B. Membentuk rantaian manusia dan keluar melalui tingkap.✓ Jawapan
  3. C. Memastikan semua penumpang menutup tingkap serentak.

Q216Apakah tindakan yang harus diambil apabila anda ingin bertukar ke lorong kanan sewaktu memandu?

  1. A. Perlahan dan menukar lorong.
  2. B. Membelok sebaik sahaja tiada kenderaan dari arah bertentangan.
  3. C. Melihat cermin pandang belakang dan sisi serta memberikan isyarat secukupnya sebelum menukar lorong✓ Jawapan

Q217Semasa anda memandu, sebuah kenderaan yang hilang kawalan tiba-tiba muncul dari arah bertentangan. Apakah langkah yang perlu anda ambil?

  1. A. Teruskan perjalanan seperti biasa.
  2. B. Hubungi polis dengan segera.
  3. C. Berhentikan kenderaan di sebelah kiri jalan.✓ Jawapan

Q218Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu adalah untuk:

  1. A. Melahirkan pemandu Formula One.
  2. B. Meningkatkan kebolehan membaiki pelbagai jenis kenderaan.
  3. C. Melahirkan pemandu yang berpendidikan, mahir, berhati-hati dan cekap.✓ Jawapan

Q219Apakah tindakan yang harus diambil semasa menghampiri simpang empat?

  1. A. Kurangkan kelajuan, memandu di lorong yang betul dan berhenti sebelum garisan putih✓ Jawapan
  2. B. Kurangkan kelajuan dan teruskan perjalanan perlahan-lahan.
  3. C. Kurangkan kelajuan dan bunyikan hon.

Q220Pemanduan berhemat bermaksud:

  1. A. Memantau tingkah laku pengguna jalan raya yang lain.
  2. B. Mengawal penggunaan bahan api dan kos penyelenggaraan kenderaan.
  3. C. Memandu untuk mengelakkan kemalangan.✓ Jawapan

Q221Berapakah kandungan alkohol yang dibenarkan dalam air kencing, nafas dan darah?

  1. A. 0.00 mg alkohol✓ Jawapan
  2. B. 1.00 mg alkohol
  3. C. 2.00 mg alkohol
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文