KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian B · Undang-undang · 6/28

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian B · Undang-undang (Muka 6/28)

Bahagian B · Undang-undang ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q222–Q233 daripada 328 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q222Berapakah jumlah pergerakan atau olah gerak dalam pemanduan sebenar di jalan raya?

  1. A. Dua
  2. B. Tujuh✓ Jawapan
  3. C. Sepuluh

Q223Apakah langkah yang boleh mengelakkan kemalangan berlaku dalam konsep Pemanduan Berhemah?

  1. A. Memandu pada kelajuan tinggi dan bersedia untuk membrek pada bila-bila masa.
  2. B. Mengenal pasti, menganalisis halangan, membuat keputusan dan bertindak✓ Jawapan
  3. C. Mengekori kenderaan di hadapan dan memotong pada bila-bila masa.

Q224Apakah maksud peraturan dua saat mengikuti Konsep Pemanduan Berhemah?

  1. A. Peraturan meletak kenderaan
  2. B. Peraturan membelok di simpang.
  3. C. Peraturan jarak selamat untuk mengekori kenderaan✓ Jawapan

Q225Mana yang antara berikut bukan peraturan di persimpangan?

  1. A. Mengetahui arah perjalanan anda.
  2. B. Memperlahankan kenderaan.
  3. C. Memasang lampu kecemasan✓ Jawapan

Q226Perlanggaran dari belakang dengan kenderaan yang anda ikuti boleh dielakkan jika:

  1. A. Anda mengikuti kenderaan di hadapan pada jarak yang selamat.✓ Jawapan
  2. B. Anda terus memotong kenderaan di hadapan walau apa pun yang berlaku.
  3. C. Anda terus membunyikan hon supaya kenderaan di hadapan memecut.

Q227Apakah kesan pengaruh alkohol dan dadah yang diambil secara berlebihan kepada pemandu semasa memandu?

  1. A. Tingkah laku tidak normal dan tidak terkawal.✓ Jawapan
  2. B. Mengurangkan tekanan fizikal dan mental.
  3. C. Meningkatkan stamina dan daya tahan.

Q228Di manakah pemandu dilarang membunyikan hon?

  1. A. Hospital✓ Jawapan
  2. B. Selekoh jalan.
  3. C. Simpang jalan.

Q229Apakah tindakan yang patut diambil sekiranya anda mengantuk semasa memandu?

  1. A. Memandu dengan lebih laju.
  2. B. Berhentikan kenderaan anda dan berehat.✓ Jawapan
  3. C. Teruskan perjalanan ke destinasi anda.

Q230Jika anda mengambil ubat yang dipreskripsikan, anda hendaklah:

  1. A. Bertanya kepada doktor tentang kesan ubat terhadap keupayaan anda memandu.✓ Jawapan
  2. B. Berhenti memandu selepas mengambil ubat.
  3. C. Memandu lebih perlahan daripada biasa selepas mengambil ubat.

Q231Kemalangan yang disebabkan oleh keadaan jalan boleh dielakkan jika anda:

  1. A. Memotong kenderaan di kawasan larangan.
  2. B. Memecut dan memotong di selekoh.
  3. C. Menyesuaikan kelajuan kenderaan anda dengan keadaan jalan.✓ Jawapan

Q232Apakah maksud dengan memberikan isyarat dengan betul semasa memandu bagi mengelakkan kemalangan?

  1. A. Memasang lampu kenderaan.
  2. B. Memasang lampu isyarat penunjuk arah atau memberi isyarat tangan yang betul.✓ Jawapan
  3. C. Memasang lampu kecemasan dan membunyikan hon sepanjang perjalanan.

Q233Apabila memandu di jalan yang licin, anda mesti:

  1. A. Perlahan supaya lebih mudah mengawal kenderaan.✓ Jawapan
  2. B. Memandu di tengah jalan untuk mengelakkan tergelincir.
  3. C. Memandu seperti biasa dan memotong semua kenderaan di hadapan anda.
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文