KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian C · KEJARA & Lesen · 6/10

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian C · KEJARA & Lesen (Muka 6/10)

Bahagian C · KEJARA & Lesen ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q469–Q482 daripada 120 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q469Kesalahan manakah yang mengenakan mata demerit paling tinggi kepada pemandu?

  1. A. Memotong di garisan berkembar (garisan berterusan).
  2. B. Memandu tanpa cermat dan timbang rasa.✓ Jawapan
  3. C. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Q470Lesen Memandu Percubaan (PDL) boleh dibatalkan jika pemegangnya melakukan kesalahan:

  1. A. gagal memberi laluan kepada kenderaan JPJ.
  2. B. gagal mempamerkan plat 'P' pada kenderaan.✓ Jawapan
  3. C. gagal membawa Lesen Belajar Memandu (LDL) semasa memandu.

Q471Semasa lesen memandu digantung, apakah yang pemandu tidak boleh buat?

  1. A. Memandu di jalan raya✓ Jawapan
  2. B. Berulang-alik menggunakan pengangkutan awam.
  3. C. Memanaskan enjin kenderaannya.

Q472Apakah penalti atau denda bagi pemandu yang memandu semasa lesen memandunya digantung?

  1. A. Denda RM2000 atau 6 bulan penjara.✓ Jawapan
  2. B. Dilarang memandu selama satu tahun.
  3. C. Dilarang memohon lesen memandu.

Q473Pemegang lesen memandu yang dibatalkan di bawah Sistem KEJARA tidak boleh mendapatkan sebarang lesen memandu untuk tempoh:

  1. A. 12 bulan dari tarikh penyerahan lesen.✓ Jawapan
  2. B. 12 bulan dari tarikh pembatalan lesen.
  3. C. apa-apa tempoh yang difikirkan sesuai dan wajar.

Q474Pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL) dikehendaki mempamerkan plat 'P' pada kenderaan yang digunakannya untuk tempoh:

  1. A. 1 tahun.
  2. B. 2 tahun.✓ Jawapan
  3. C. 3 tahun.

Q476Mengapakah Sistem KEJARA diperkenalkan?

  1. A. Untuk mengambil tindakan terhadap pemegang lesen memandu percubaan sahaja.
  2. B. Untuk mengambil tindakan terhadap pesalah lalu lintas.✓ Jawapan
  3. C. Untuk mengambil tindakan terhadap pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) sahaja.

Q477Manakah berikut merupakan kesalahan lalu lintas?

  1. A. Memandu kenderaan motor yang tidak didaftarkan.✓ Jawapan
  2. B. Memandu kenderaan motor yang didaftarkan.
  3. C. Memandu pada waktu malam

Q478Lesen Belajar Memandu (LDL) boleh diperbaharui:

  1. A. setiap tahun.
  2. B. setiap tahun atau setengah tahun.
  3. C. sekali setiap 3 atau 6 bulan.✓ Jawapan

Q479Sistem KEJARA dikuatkuasakan kepada:

  1. A. Pemegang lesen memandu percubaan
  2. B. Pemegang lesen memandu kompeten
  3. C. Pemegang lesen memandu kompeten dan percubaan✓ Jawapan

Q481Siapakah yang layak mendapat bonus di bawah Sistem KEJARA?

  1. A. Pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL).
  2. B. Pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL).
  3. C. Pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL).✓ Jawapan

Q482Lesen manakah yang dikategorikan sebagai Lesen Memandu Vokasional?

  1. A. Lesen Memandu Percubaan (PDL).
  2. B. Lesen Memandu Barangan (GDL).✓ Jawapan
  3. C. Lesen Memandu Kompeten (CDL).
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文