KPP PASSLatihan Ujian KPP Percuma
Semua bahagian › Bahagian C · KEJARA & Lesen · 7/10

Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian C · KEJARA & Lesen (Muka 7/10)

Bahagian C · KEJARA & Lesen ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q483–Q494 daripada 120 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.

Q483Apakah syarat untuk menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL)?

  1. A. Menamatkan tempoh percubaan selama 1 tahun dengan mata demerit kurang daripada 10.
  2. B. Menamatkan tempoh percubaan selama 2 tahun dengan mata demerit kurang daripada 10.✓ Jawapan
  3. C. Menamatkan tempoh percubaan selama 3 tahun dengan mata demerit kurang daripada 10.

Q484Berapa awalkah Lesen Memandu Percubaan (PDL) boleh ditukar kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL)?

  1. A. 7 hari sebelum tamat tempoh percubaan.✓ Jawapan
  2. B. 14 hari sebelum tamat tempoh percubaan.
  3. C. 21 hari sebelum tamat tempoh percubaan.

Q485Di bawah sistem KEJARA, kesalahan manakah yang akan mengakibatkan pembatalan Lesen Memandu Percubaan (PDL)?

  1. A. Menggunakan tayar yang haus.
  2. B. Tidak mempamerkan plat 'P' pada kenderaan.✓ Jawapan
  3. C. Memotong di garisan berkembar.

Q486Bagi pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang mengumpul kurang daripada 20 mata demerit, maksimum 50% mata demerit akan ditolak jika tidak melakukan mana-mana kesalahan berjadual untuk tempoh:

  1. A. 12 bulan.✓ Jawapan
  2. B. 18 bulan.
  3. C. 24 bulan.

Q487Apakah kesalahan yang akan dikenakan mata demerit di bawah Sistem KEJARA?

  1. A. Gagal membawa sijil insurans
  2. B. Gagal mematuhi lampu isyarat✓ Jawapan
  3. C. meletak kenderaan di sepanjang garisan kuning.

Q488Apakah tindakan yang akan diambil terhadap pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang mengumpul 20 mata demerit atau lebih buat kali pertama?

  1. A. Amaran sahaja.✓ Jawapan
  2. B. Lesen memandunya akan digantung tidak kurang daripada 6-8 bulan.
  3. C. Lesen memandunya akan digantung tidak kurang daripada 8-10 bulan.

Q489Apakah tindakan yang boleh dikenakan kepada pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) di bawah Sistem KEJARA yang menjalani tiga kali penggantungan lesen memandu dalam tempoh 5 tahun?

  1. A. penggantungan Lesen Memandu Kompeten (CDL) tidak kurang daripada 6-8 bulan.
  2. B. penggantungan Lesen Memandu Kompeten (CDL) tidak kurang daripada 8-10 bulan.
  3. C. penggantungan Lesen Memandu Kompeten (CDL) tidak kurang daripada 10-12 bulan diikuti dengan tindakan pembatalan lesen.✓ Jawapan

Q490Di bawah Sistem KEJARA, mata demerit yang dikenakan ke atas pemegang lesen Kelas D yang GAGAL mematuhi lampu isyarat semasa memandu di jalan raya ialah:

  1. A. 4 mata.✓ Jawapan
  2. B. 6 mata
  3. C. 10 mata.

Q491Kesalahan manakah yang akan dikenakan 10 mata demerit di bawah Sistem KEJARA?

  1. A. Gagal memakai tali pinggang keledar.
  2. B. Memandu di bawah pengaruh alkohol.✓ Jawapan
  3. C. Memotong di garisan berterusan.

Q492Di bawah Sistem KEJARA, Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh digantung apabila mengumpul mata demerit berjumlah:

  1. A. 10 mata.
  2. B. 15 mata.
  3. C. 20 mata.✓ Jawapan

Q493Pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang mengumpul 20 mata demerit buat kali kedua akan digantung lesen memandunya selama:

  1. A. tidak kurang daripada 6-8 bulan.✓ Jawapan
  2. B. tidak kurang daripada 8-10 bulan.
  3. C. tidak kurang daripada 10-12 bulan.

Q494Berapakah mata bonus yang akan diberikan kepada pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang tidak melakukan mana-mana kesalahan berjadual di bawah Sistem KEJARA selama 12 bulan berturut-turut?

  1. A. maksimum 40%
  2. B. maksimum 50%✓ Jawapan
  3. C. maksimum 60%
Latih soalan ini secara percuma

Kuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian

Mula berlatih
← SebelumSeterusnya →
English · 中文