Soalan & Jawapan Ujian KPP — Bahagian C · KEJARA & Lesen (Muka 8/11)
Bahagian C · KEJARA & Lesen ujian teori KPP01 Malaysia — soalan Q493–Q646 daripada 123 dalam bahagian ini, jawapan betul ditanda ✓. Berlatih secara interaktif dalam aplikasi percuma.
Q493Pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang mengumpul 20 mata demerit buat kali kedua akan digantung lesen memandunya selama:
- A. tidak kurang daripada 6-8 bulan.✓ Jawapan
- B. tidak kurang daripada 8-10 bulan.
- C. tidak kurang daripada 10-12 bulan.
Q494Berapakah mata bonus yang akan diberikan kepada pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang tidak melakukan mana-mana kesalahan berjadual di bawah Sistem KEJARA selama 12 bulan berturut-turut?
- A. maksimum 40%
- B. maksimum 50%✓ Jawapan
- C. maksimum 60%
Q495Berapakah mata demerit yang akan dikenakan ke atas pemandu yang disabitkan dengan kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya?
- A. 8 mata.
- B. 10 mata.✓ Jawapan
- C. 15 mata.
Q496Di bawah Sistem KEJARA, apakah penalti yang boleh dikenakan ke atas pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang mengumpul 20 mata demerit atau lebih buat kali ketiga?
- A. Penggantungan lesen memandu untuk tempoh tidak kurang daripada 6-8 bulan.
- B. Penggantungan lesen memandu untuk tempoh tidak kurang daripada 8-10 bulan.✓ Jawapan
- C. Penggantungan lesen memandu untuk tempoh tidak kurang daripada 10-12 bulan.
Q497Pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL) akan diberikan 10 mata demerit jika disabitkan dengan kesalahan:
- A. tidak mematuhi lampu isyarat.
- B. tidak mempamerkan plat 'P'.✓ Jawapan
- C. tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh pengawal lalu lintas.
Q498Apakah mata demerit tertinggi dan terendah yang dikenakan ke atas pemandu yang disabitkan dengan kesalahan di bawah sistem KEJARA?
- A. Tertinggi - 20 mata, Terendah - 4 mata.
- B. Tertinggi - 15 mata, Terendah - 3 mata.
- C. Tertinggi - 10 mata, Terendah - 2 mata.✓ Jawapan
Q499Di bawah Sistem KEJARA, Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibatalkan apabila mata KEJARA mencapai:
- A. 20 mata demerit atau lebih buat kali kedua.
- B. 20 mata demerit atau lebih buat kali ketiga.
- C. 20 mata demerit atau lebih buat kali keempat dan lesen digantung buat kali ketiga dalam tempoh 5 tahun.✓ Jawapan
Q500Kesalahan manakah yang termasuk dalam kesalahan berjadual di bawah Sistem KEJARA?
- A. Tidak berhenti apabila dihalang oleh pemandu lain.
- B. Memotong di sebelah kiri.✓ Jawapan
- C. Meletak kenderaan di sepanjang garisan kuning.
Q643Apakah tempoh untuk Lesen Memandu Percubaan (PDL) bertukar kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) selepas tamat tempoh?
- A. 1 tahun✓ Jawapan
- B. 5 tahun
- C. 3 tahun
Q644Berapakah umur yang layak untuk memohon Lesen Memandu Kelas B?
- A. 21 tahun
- B. 16 tahun✓ Jawapan
- C. 18 tahun
Q645Kesalahan manakah yang membolehkan Lesen Memandu Percubaan (PDL) dibatalkan di bawah Sistem KEJARA?
- A. Tidak mencuci kenderaan
- B. Gagal mematuhi lampu isyarat✓ Jawapan
- C. Tidak memandu kenderaan
Q646Apakah kelas lesen yang diperlukan untuk menunggang motosikal berkuasa melebihi 500sp(c.c)?
- A. Kelas B3
- B. Kelas E
- C. Kelas B✓ Jawapan
Latih soalan ini secara percumaKuiz interaktif · ujian percubaan · buku kesilapan · luar talian
Mula berlatih